Muhamad Shafiq Mohd Ali, and Zuliskandar Ramli, (2018) Kearifan masyarakat prasejarah Jenderam Hilir melalui jumpaan artifak arkeologi. International Journal of the Malay World and Civilisation, 6 (3). pp. 65-74. ISSN 2289-1706
|
PDF
979kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-6-bil-3/
Abstract
Jenderam Hilir mula menjadi sebutan apabila sebuah syarikat perlombongan timah telah menjumpai artifak-artifak sewaktu melakukan kerja-kerja perlombongan pada 1977 hingga 1979. Jumpaan artifak di lembangan sungai ini menunjukkan perkembangan sosial dan budaya masyarakat melalui artifak dan teknologi masyarakat waktu itu. Jumpaan artifak menunjukkan terdapatnya perkembangan sosio-budaya masyarakat tempatan dari zaman Neolitik hingga zaman Logam. Oleh yang demikian, artifak ini boleh dijadikan panduan bagaimana tahap pemikiran masyarakat Jenderam waktu itu. Ini bagi merungkai sama ada barangan ini di bawa dari luar atau dibuat di kawasan sekitar. Jika barangan ini dibawa dari luar bermakna sudah ada perhubungan perdagangan antara masyarakat di Jenderam dengan pelabuhan pembekal lain seperti entrepot yang berada di Klang ataupun Kedah. Jika barangan yang dijumpai dibuktikan dibuat di kawasan sekitar bermakna masyarakat waktu itu telah mempunyai teknologi dan kearifannya tersendiri. Oleh yang demikian, jumpaan artifak ini menunjukkan kepentingan daripada sudut arkeologi tapak Jenderam Hilir ini khususnya dan Selangor amnya. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan dengan mengumpulkan kembali hasil-hasil penyelidikan yang telah dilakukan oleh para pengkaji terdahulu. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menilai kembali kepentingan tapak Jenderam Hilir bagi dijalankan kajian semula melalui kaedah ekskavasi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Jenderam Hilir; Prasejarah Selangor; Artifak arkeologi |
Journal: | International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI) |
ID Code: | 12482 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 20 Dec 2018 07:03 |
Last Modified: | 21 Dec 2018 22:25 |
Repository Staff Only: item control page