Mohd Nasrulamiazam Mohd Nasir, and Asyaari Muhamad, (2018) Sejarah ukiran kayu dan hiasan perahu di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. International Journal of the Malay World and Civilisation, 6 (3). pp. 75-84. ISSN 2289-1706
|
PDF
1MB |
Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-6-bil-3/
Abstract
Kegiatan menghasilkan ukiran kayu dan penggunaan hiasan pada perahu di Pantai Timur banyak dipengaruhi oleh warisan budaya dan sejarah yang pernah berlangsung dalam masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu. Penciptaan pelbagai hasil kraf dalam bentuk ukiran kayu dikatakan mempunyai identiti dan makna yang tersendiri. Kesan perkembangan sejarah yang pernah dilalui oleh masyarakat Pantai Timur sejak zaman pra-Islam secara tidak langsung telah mempengaruhi para pengukir untuk menghasilkan bentuk atau tema serta motif yang amat berkait rapat dengan sistem kepercayaan dan suasana persekitaran mereka. Begitu juga dengan peralatan hiasan pada perahu-perahu mereka. Bentuk-bentuk ukiran yang diterapkan pada objek hiasan perahu memperlihatkan betapa pengaruh sejarah dan kepercayaan telah memberi suatu makna yang tersendiri pada setiap hiasan perahu yang dihasilkan para pengukir.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Hiasan perahu; Motif ukiran; Budaya perahu |
Journal: | International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI) |
ID Code: | 12483 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 20 Dec 2018 07:12 |
Last Modified: | 21 Dec 2018 22:26 |
Repository Staff Only: item control page