Syahidah Amni Mohamed, and Nor Zalina Harun, (2018) Pendekatan analisa morfologi bandar: satu kajian rintis mengenai perkembangan kajian ke arah pemeliharaan Bandar Melayu. International Journal of the Malay World and Civilisation, 6 (3). pp. 85-94. ISSN 2289-1706
|
PDF
263kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-6-bil-3/
Abstract
Bandar-bandar tradisional di Malaysia mempunyai pelbagai khazanah warisan yang menjadikan bandar ini kelihatan unik dan menjadi identiti kepada negara. Sehubungan dengan itu, pendekatan morfologi bandar merupakan salah satu cara yang heuristik untuk mengenal pasti karakter dan menilai perubahan yang berlaku terhadap bentuk, pola ruang serta fungsi sesebuah bandar. Namun begitu, kewujudan pelbagai pendekatan analisa morfologi yang memfokuskan kepada subjek penilaian yang sama serta tiadanya integrasi antara pendekatan tersebut telah mempengaruhi keberkesanan daripada sudut aplikasinya. Pengabaian reka bentuk dan susun atur bandar tradisi yang menimbulkan kecelaruan terhadap kesinambungan fabrik bandar. Sehubungan dengan itu, kajian ini bermatlamat untuk mengenal pasti aspek penting yang mendasari perkembangan dalam pendekatan morfologi bandar. Ini dapat dicapai dengan melihat perubahan dan pembaharuan terhadap teori, konsep dan model dalam kajian morfologi bandar. Kajian ini umumnya bersifat eksploratory dengan menggunakan kajian perpustakaan sebagai metodologi utama di mana kesemua aspek tersebut dirujuk sebagai pendekatan yang berpotensi untuk diaplikasikan ke arah pemeliharaan bandar Melayu. Dapatan daripada kajian ini dibincangkan dalam dua bahagian meliputi perincian perkembangan pendekatan yang ditelusuri melalui takrifan definisi morfologi bandar serta tabulasi elemen-elemen utama dalam pendekatan analisa morfologi bandar. Kajian ini dilihat penting dalam menyumbangkan pemahaman terhadap proses analisa morfologi yang diguna pakai untuk penghasilan inventori rupa bentuk bandar serta pemetaan pelan perancangan pemeliharaan bandar Melayu khasnya agar lebih efektif dan komprehensif selaras dengan tindakan yang termaktub dalam Rancangan Fizikal Negara Ketiga.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Morfologi bandar; Bentuk bandar; Analisa morfologi; Pemeliharaan bandar; Bandar Melayu |
Journal: | International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI) |
ID Code: | 12484 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 20 Dec 2018 07:39 |
Last Modified: | 21 Dec 2018 22:27 |
Repository Staff Only: item control page