Faktor pengetahuan amalan batas aurat dan pergaulan remaja perempuan SMK Titingan Tawau Sabah

Nur 'Izzah Jainudin, and A'dawiyah Ismail, (2018) Faktor pengetahuan amalan batas aurat dan pergaulan remaja perempuan SMK Titingan Tawau Sabah. Jurnal Hadhari, 10 (2). pp. 141-158. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
452kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1140

Abstract

Gejala sosial berkait rapat dengan masalah penjagaan batas aurat dan pergaulan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor yang mendorong pengetahuan dan pengamalan batas aurat dan pergaulan remaja perempuan di SMK Titingan Tawau Sabah. Reka bentuk kajian adalah kajian tinjauan. Kajian ini melibatkan remaja perempuan yang berumur 13, 14 dan 16 tahun. Pengumpulan data melalui instrumen borang soal selidik dan diproses menggunakan perisian komputer Statistical Package for Social Science (SPSS) version 22. Data dianalisis secara statistik deskriptif dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian faktor pengetahuan dan pengamalan batas aurat dan pergaulan remaja perempuan SMK Titingan Tawau Sabah menunjukkan, faktor guru dan ibu bapa/penjaga adalah tinggi berbanding faktor diri sendiri dan rakan berdasarkan min item faktor tertentu. Kajian ini mencadangkan agar pihak guru, ibu bapa/penjaga dan pihak berwajib memberi perhatian kepada kerohanian diri remaja dalam membina akidah yang mantap, serta keperibadian remaja muslim cemerlang kerana faktor diri sendiri adalah faktor penting dalam menjaga batas aurat dan pergaulan.

Item Type:Article
Keywords:Aurat; Pergaulan; Remaja; Pengetahuan; Pengamalan
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:12485
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Jan 2019 02:01
Last Modified:16 Jan 2019 10:47

Repository Staff Only: item control page