Azrul Azlan Abdul Rahman, (2018) Analisis isu air di Israel dan Palestin berdasarkan politik dan undang-undang antarabangsa. Jurnal Hadhari, 10 (2). pp. 159-168. ISSN 1985-6830
|
PDF
699kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1140
Abstract
Kebanyakan negara di Timur Tengah mengalami kekurangan air berterusan. Keadaan ini dirasai di Israel, Jordan dan Palestin. Hal ini semakin buruk akibat penurunan rizab air kerana pencemaran dan perubahan iklim, serta pertumbuhan penduduk dan peningkatan permintaan air. Kerjasama berdasarkan pengurusan mampan, penggunaan teknologi canggih untuk kegunaan air yang cekap, dan pembangunan sumber air baru boleh membantu menyelesaikan masalah kekurangan air di rantau ini secara keseluruhannya. Penyelesaian masalah kekurangan air dengan mengorbankan pihak yang berkongsi sumber air yang sama tidak boleh diterima dan hanya akan meningkatkan ketegangan dan kesukaran. Tujuan dokumen ini adalah untuk menganalisis isu air di antara Israel dan Palestin, serta menyatakan prinsip kedua-dua pihak untuk menangani masalah kekurangan bekalan air. Sektor air Israel dan Palestin juga turut dipersembahkan bersama-sama dengan analisis menurut undang-undang antarabangsa.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Isu air; Israel-Palestin; Undang-undang antarabangsa; Helsinki Accord; Jawatankuasa Air Bersama Israel-Palestin |
Journal: | Jurnal Hadhari |
ID Code: | 12486 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 14 Jan 2019 06:52 |
Last Modified: | 16 Jan 2019 10:48 |
Repository Staff Only: item control page