Mohammad Nidzam Abdul Kadir, (2018) Hukuman terhadap tindakan murtad dalam perspektif masyarakat majmuk dan keamanan negara. Jurnal Hadhari, 10 (2). pp. 191-203. ISSN 1985-6830
|
PDF
463kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1140
Abstract
Beberapa kes murtad berlaku di Malaysia. Terdapat desakan agar hukuman bunuh dilaksanakan terhadap orang yang murtad. Namun begitu, hukuman bunuh terhadap pelaku murtad boleh mengeruhkan suasana hubungan masyarakat pelbagai kaum dan agama. Artikel ini mengkaji hukuman bunuh terhadap pelaku murtad yang dinyatakan dalam riwayat hadis. Kefahaman terhadap hukuman bunuh dalam riwayat hadis sewajarnya difahami dalam konteks kenegaraan. Hukuman bunuh terhadap pelaku murtad tidak termasuk dalam kategori hudud sebaliknya diletakkan dalam kategori takzir. Dengan memahami riwayat hadis dalam konteks kenegaraan dan kategori takzir, hukuman bunuh terhadap murtad bukan kerana murtad, namun kerana penghinaan terhadap Islam yang wujud selepas dari murtad. Maka murtad yang menghina Islam sewajibnya dihukum. Ini kerana penghinaan terhadap Islam merosakkan asas penting keharmonian.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Murtad; Hukuman bunuh; Kenegaraan; Perlembagaan; Takzir |
Journal: | Jurnal Hadhari |
ID Code: | 12488 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 14 Jan 2019 07:30 |
Last Modified: | 16 Jan 2019 10:50 |
Repository Staff Only: item control page