Pandangan imam dan pentadbir masjid tentang kehadiran masyarakat ke masjid

Muhamad Faisal Ashaari, and Firdaus Mokhtar, (2018) Pandangan imam dan pentadbir masjid tentang kehadiran masyarakat ke masjid. Jurnal Hadhari, 10 (2). pp. 205-223. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
471kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1140

Abstract

Malaysia mempunyai bilangan masjid melebihi 6089 buah yang boleh memenuhi keperluan masyarakat Islam di Malaysia yang dianggarkan berjumlah 17 juta orang. Namun, berdasarkan pemerhatian terhadap solat jemaah lima waktu, jumlah kehadiran umat Islam secara umumnya sekitar 5-10 peratus sahaja di satu-satu tempat. Ia bukan bermakna mereka tidak melaksanakan solat, kerana solat boleh dilakukan di mana-mana, tetapi jumlah itu menandakan jumlah yang sedikit daripada umat Islam yang hadir ke masjid. Kajian lepas mendapati terdapat tujuh faktor yang mendorong kepada kehadiran yang sedikit ini ialah fungsi masjid yang terhad, masalah individu, kemudahan asas tidak sempurna, lokasi tidak strategik, kelemahan pengurusan pentadbiran, kelemahan pengurusan kewangan serta keperibadian imam dan pegawai masjid. Kajian ini menganalisis semua faktor tersebut secara kualitatif menerusi temu bual separa berstruktur bersama imam dan pentadbir masjid. Kajian mendapati 8/10 informan bersetuju bahawa fenomena sedikit kehadiran sememangnya berlaku terutamanya di kawasan luar bandar dan juga mendapati bahawa semua faktor tersebut memberi kesan kepada kehadiran masyarakat Islam ke masjid. Justeru, pihak pengurusan masjid perlu melakukan penambahbaikan dalam beberapa aspek yang dicadangkan terutamanya aspek pengurusan dan penganjuran pelbagai aktiviti bagi menarik kehadiran yang lebih ramai ke masjid.

Item Type:Article
Keywords:Pengimarahan; Masjid; Solat jemaah; Dakwah
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:12489
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Jan 2019 07:39
Last Modified:16 Jan 2019 10:51

Repository Staff Only: item control page