Mohd Aizam Mas'od, and Mohd Fauzi Hamat, (2018) Syiah Imamiyyah Ithna ‘Ashariyyah: awal kemasukan dan proses penyebarannya di Malaysia. Jurnal Hadhari, 10 (2). pp. 225-241. ISSN 1985-6830
|
PDF
558kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1140
Abstract
Malaysia merupakan negara yang mengamalkan aliran Ahl al-Sunnah wa al-Jamа‘ah sejak sekian lama. Namun begitu, sejak tahun 80-an, berlaku kemasukan fahaman Syiah Imаmiyyah Ithnа ‘Ashariyyah yang menggugat kedudukan Ahl al-Sunnah wa al-Jamа‘ah sebagai anutan arus perdana. Makalah ini membahaskan bagaimana proses penyebaran Syiah Imаmiyyah Ithnа ‘Ashariyyah berlaku, di samping mengkaji bila dan bagaimana ajaran Syiah buat kali pertama sampai ke Malaysia. Fahaman Syiah Imаmiyyah Ithnа ‘Ashariyyah telah tersebar di Malaysia menjelang tahun 80-an selepas berlaku Revolusi Iran pada tahun 1979. Kemasukan Syiah Imаmiyyah Ithnа ‘Ashariyyah ke Malaysia juga serentak dengan kemasukannya ke beberapa negara Nusantara yang lain. Ini menjadi bukti bahawa Revolusi Iran 1979 memiliki pengaruh yang besar dalam penyebaran Syiah di rantau Asia Tenggara. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif, kajian ini berteraskan dua kaedah pengkajian iaitu kaedah pengumpulan data dan analisis data. Dalam proses mengumpulkan data, penulis menggunakan metode historis bagi mengumpulkan data-data yang mempunyai nilai sejarah. Kaedah induktif digunakan dalam proses analisis data untuk menjana atau mengumpulkan maklumat secara berterusan bagi menjelaskan masalah yang dikaji. Kajian mendapati proses penyebaran Syiah Imаmiyyah Ithnа ‘Ashariyyah kepada masyarakat Melayu berlaku dengan pelbagai cara. Ia memberikan sama ada kesan langsung atau tidak langsung terhadap penularan fahaman Syiah di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Syiah Imаmiyyah Ithnа ‘Ashariyyah; Revolusi Iran 1979; Kemasukan awal; Proses penyebaran; Malaysia |
Journal: | Jurnal Hadhari |
ID Code: | 12490 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 14 Jan 2019 07:57 |
Last Modified: | 16 Jan 2019 10:52 |
Repository Staff Only: item control page