Potensi hakisan tanih di Lembangan Sungai Bilut, Raub, Pahang menggunakan integrasi RUSLE dan GIS

Tukimat Lihan, and Nur Fatin Khodri, and Muzneena Ahmad Mustapha, and Zulfahmi Ali Rahman, and Wan Mohd Razi Idris, (2018) Potensi hakisan tanih di Lembangan Sungai Bilut, Raub, Pahang menggunakan integrasi RUSLE dan GIS. Sains Malaysiana, 47 (10). pp. 2241-2249. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
3MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol47num10_...

Abstract

Aktiviti guna tanah di kawasan lembangan adalah salah satu faktor yang mendorong kepada kemerosotan kualiti air sungai akibat daripada hakisan tanih. Potensi hakisan tanih di kawasan lembangan Sungai Bilut, Raub, Pahang yang menjadi sumber bekalan air minuman utama di daerah Raub boleh ditentukan dengan menggunakan integrasi model Semakan Semula Persamaan Kehilangan Tanih Universal (RUSLE) dan Sistem Maklumat Geografi (GIS). Kajian ini bertujuan untuk menentukan potensi hakisan tanih dan faktor utama yang mempengaruhi kadar hakisan tanih. Kajian ini melibatkan penggunaan data sekunder yang terdiri daripada data hujan, data siri tanih dan topografi bagi menghasilkan faktor kehakisan hujan (R), kebolehhakisan tanih (K), serta panjang dan kecuraman cerun (LS). Faktor litupan tumbuhan (C) dan amalan pemuliharaan (P) pula dijana daripada imej satelit Landsat 8 (2014). Keputusan kajian menunjukkan nilai faktor R di kawasan kajian ialah 8927.68-9775.18 MJ mm ha-1 jam-1 tahun-1, nilai K ialah 0.036-0.500 tan jam-1 MJ-1 mm-1, nilai LS ialah 0-514, nilai C ialah 0.03-0.80 dan nilai P ialah 0.1-0.7. Kawasan yang mempunyai potensi hakisan sangat rendah hingga rendah meliputi 81%, manakala potensi hakisan tanih sederhana hingga sangat tinggi meliputi 19% daripada keseluruhan kawasan kajian. Model yang dihasilkan mempunyai ketepatan sebanyak 81%. Faktor utama yang mempengaruhi berlakunya hakisan tanih di kawasan kajian adalah faktor topografi, litupan tumbuhan dan kebolehhakisan tanih. Keputusan menunjukkan analisis integrasi RUSLE dan GIS berpotensi dalam penentuan potensi hakisan tanih untuk kawasan luas yang mempunyai pelbagai jenis guna tanah, topografi dan jenis tanih.

Item Type:Article
Keywords:GIS; Hakisan tanih; RUSLE
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:12494
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Jan 2019 07:06
Last Modified:28 Jan 2019 08:49

Repository Staff Only: item control page