Mohamad Hanif Kamal Roslan, and Che Aziz Ali, and Kamal Roslan Mohamed, (2018) Pengelasan litostratigrafi baru untuk formasi singa di Langkawi, Kedah, Malaysia. Sains Malaysiana, 47 (10). pp. 2251-2258. ISSN 0126-6039
|
PDF
1MB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol47num10_...
Abstract
Semakan semula litostratigrafi Formasi Singa dilakukan berdasarkan data-data baru yang diperoleh melalui kajian terbaru. Secara umumnya, Formasi Singa dominan dengan batu lumpur hitam yang berselang lapis dengan batu pasir nipis hingga sederhana tebal serta sedikit lapisan konglomerat. Kajian melibatkan analisis terhadap beberapa log sedimen yang telah direkodkan di lapangan. Kesemua log sedimen tersebut telah dikorelasikan untuk mendapatkan satu log komposit yang mewakili keseluruhan Formasi Singa. Berdasarkan kajian terperinci korelasi litologi yang dilakukan, cadangan litostratigrafi baru Formasi Singa mengandungi empat ahli iaitu Ahli Kentut, Ahli Ular, Ahli Selang dan Ahli Lembung. Ahli Kentut merupakan ahli yang paling tua diikuti dengan Ahli Ular, Ahli Selang dan Ahli Lembung. Ahli Ular di dalam Formasi Singa dianggap sebagai satu unit kekanta antara Ahli Kentut dengan Ahli Selang. Beberapa siri perubahan paras laut ditafsirkan sepanjang pengendapan batuan Formasi Singa dipercayai akibat daripada proses pencairan glasier yang menyebabkan paras laut meningkat dan pengendapan berterusan yang menyebabkan lembangan menjadi cetek dan paras laut menjadi rendah.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Formasi Singa; Geologi Langkawi; Stratigrafi |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 12495 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 22 Jan 2019 07:15 |
Last Modified: | 28 Jan 2019 08:50 |
Repository Staff Only: item control page