Muhammad Ashahadi Dzulkafli, and Basir Jasin, and Mohd Shafeea Leman, and Norasiah Sulaiman, (2018) Fosil radiolaria daripada batuan bersilika-rijang di Pos Blau (Singkapan Pb-1), baratdaya Kelantan, Semenanjung Malaysia. Sains Malaysiana, 47 (10). pp. 2259-2268. ISSN 0126-6039
|
PDF
5MB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol47num10_...
Abstract
Fosil radiolaria berusia Perm Awal telah ditemui daripada batuan silika-rijang di Pos Blau, baratdaya Kelantan, Semenanjung Malaysia. Sebanyak empat puluh spesies radiolaria tergolong dalam lima belas genera dan tujuh famili telah dikenal pasti. Fauna radiolaria yang diperoleh termasuklah spesies penunjuk usia seperti Pseudoalbaillella lomentaria, Ps. sakmarensis, Ps. scalprata scalprata, Ps. scalprata postscalprata dan Ps. scalprata rhombothoracata. Kesemua radiolaria ini mewakili usia Perm awal merujuk kepada Zon Himpunan Pseudoalbaillella lomentaria (Sakmarian Awal) dan Zon Himpunan Pseudoalbaillella scalprata m. rhombothoracata (Sakmarian Akhir). Keputusan ini dapat menambah baik maklumat biostratigrafi radiolaria dan usia batuan bersilika-rijang di kawasan Pos Blau dan di dalam Zon Sutura Bentong-Raub.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Batuan silika-rijang; Perm Awal; Pos Blau; Radiolaria; Semenanjung Malaysia |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 12496 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 22 Jan 2019 07:25 |
Last Modified: | 28 Jan 2019 08:52 |
Repository Staff Only: item control page