Kesan suplementasi tokotrienol ke atas perubahan hormon dan katekolamin otak tikus aruhan stres

Nur Azlina Mohd Fahami, and Naddiah Syafiqah Ramli, and Elda Surhaida Latif, (2018) Kesan suplementasi tokotrienol ke atas perubahan hormon dan katekolamin otak tikus aruhan stres. Sains Malaysiana, 47 (10). pp. 2411-2419. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
455kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid47bil10_...

Abstract

Stres merupakan sebarang gangguan, cabaran atau ancaman kepada seseorang individu yang merangsang perubahan respon fizikal, mental dan emosi. Hormon stres dan katekolamin dirembeskan di dalam otak sebagai respon terhadap stres. Kajian ini mengenal pasti kesan tokotrienol tulen dan vitamin E sawit ke atas perubahan hormon stres dan katekolamin pada tikus yang diaruhkan stres imobilisasi rendaman air. Sebanyak 32 ekor tikus Wistar jantan telah dibahagikan secara rawak kepada empat kumpulan kajian. Dua kumpulan kawalan; kumpulan tanpa stres (NS) dan kumpulan tanpa stres (CS) serta dua kumpulan rawatan yang diberikan tokotrienol (TTS) atau vitamin E sawit (TFS) secara oral paksaan pada dos 60 mg/kg berat badan selama 28 hari. Setelah tamat tempoh rawatan, tikus daripada kumpulan CS, TTS dan TFS telah didedahkan kepada stres imobilisasi rendaman air selama tiga setengan jam. Kemudian, otak tikus diambil untuk pengukuran hormon pelepasan kotikotrofin (CRH), hormon adenokortikotropik (ACTH), norepinefrin, dopamin dan serotonin. Keputusan kajian mendapati peningkatan kandungan CRH, ACTH, norepinefrin dan dopamine di dalam otak tikus yang diaruh stres berbanding kumpulan kawalan tanpa stres. Kandungan serotonin pula menurun akibat stres. Walau bagaimanapun, tikus yang diberi suplementasi tokotrienol dan vitamin E sawit menunjukkan penurunan signifikan kandungan CRH, ACTH, norepinefrin dan dopamin serta peningkatan kandungan dan serotonin sehingga hampir ke aras normal. Tiada perbezaan antara pemberian tokotrienol dan vitamin E sawit. Sebagai kesimpulan, tokotrienol dan vitamin E sawit berkesan dalam mengawal perubahan hormon stres serta katekolamin pada otak tikus yang teraruh stres.

Item Type:Article
Keywords:Hormon stres; Katekolamin; Otak; Stres restrain; Tokotrienol
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:12510
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Jan 2019 06:56
Last Modified:28 Jan 2019 21:19

Repository Staff Only: item control page