Pengoptimuman sensor resonans plasmon permukaan berdasarkan Kretschmann dengan kaedah Taguchi

Gan, Siew Mei and Najmiah Radiah Mohamad, and Nur Akmar Jamil, and Burhanuddin Yeop Majlis, and P. Susthitha Menon, (2018) Pengoptimuman sensor resonans plasmon permukaan berdasarkan Kretschmann dengan kaedah Taguchi. Sains Malaysiana, 47 (10). pp. 2565-2571. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid47bil10_...

Abstract

Dalam makalah ini, teknik reka bentuk uji kaji Taguchi telah digunakan untuk mengoptimumkan sensor SPR kromium (Cr)/perak (Ag)/indium timah oksida (ITO) untuk operasi berhampiran gelombang inframerah. Empat faktor yang dipilih termasuk panjang gelombang, ketebalan Cr, ketebalan Ag dan ketebalan ITO. Kaedah perbezaan-terhingga-domain-masa (FDTD) digunakan untuk analisis berangka prestasi parameter pantulan minimum (Rmin) dan penuh-lebar-pada-separuh-maksimum (FWHM). Keputusan kajian yang diperoleh daripada kaedah Taguchi menunjukkan bahawa parameter yang dioptimumkan untuk Rmin adalah panjang gelombang (785 nm), Cr (1 nm), Ag (40 nm) dan ITO (20 nm). Manakala parameter yang dioptimumkan untuk FWHM adalah panjang gelombang (785 nm), Cr (0 nm), Ag (40 nm) dan ITO (0 nm). Dengan ini parameter optimum untuk mencapai prestasi sensor yang diingini berjaya diramal menggunakan kaedah pengoptimuman Taguchi.

Item Type:Article
Keywords:Indium timah oksida; Kaedah Taguchi; Perak; Resonans plasmon permukaan; Tatarajah Kretschmann
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:12527
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 Jan 2019 03:35
Last Modified:28 Jan 2019 21:45

Repository Staff Only: item control page