Sumbangan koperasi terhadap pembangunan sosial komuniti pekebun kecil sawit

Sarmila MS, and Zaimah Ramli, and Rusyda Ramly, and Novel Lyndon, and Rosniza Aznie Che Rose, and Nur Hanani Mansor, and Zaki Aman, and Nazirah Jaafar, and Khairul Anwar Isnin, (2017) Sumbangan koperasi terhadap pembangunan sosial komuniti pekebun kecil sawit. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 13 (3). pp. 19-28. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
483kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/974

Abstract

Penglibatan masyarakat dalam organisasi koperasi bukan sahaja dapat membantu mereka untuk mendapat manfaat ekonomi tetapi juga memberi ruang kepada aktiviti sosial yang dijalankan oleh pihak koperasi. Kajian ini bertujuan untuk menilai sumbangan sosial yang diberikan oleh Koperasi Penanaman Sawit Mampan terhadap ahli komuniti pekebun kecil sawit. Seramai 46 ahli Koperasi Penanaman Sawit Mampan (KPSM) Saratok telah terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen bagi mendapatkan data kajian dan analisa deskriptif telah dijalankan. Analisa ini merangkumi analisis min, kekerapan, peratusan serta sisihan piawai. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa koperasi KPSM Saratok telah memberi sumbangan sosial terhadap komuniti pekebun kecil sawit dari aspek peningkatan hubungan pekebun kecil sawit (PKS), peningkatan penglibatan komuniti dalam aktiviti sawit, pemantauan aktiviti pertanian komuniti, penyediaan peluang pekerjaan, peningkatan kemahiran dan kemudahan dalam pengurusan aktiviti.

Item Type:Article
Keywords:Hubungan komuniti; Pekebun kecil sawit; Pembangunan sosial; Pengurusan koperasi; Sumbangan koperasi; Sumbangan sosial
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:12532
Deposited By: ms aida -
Deposited On:29 Jan 2019 00:10
Last Modified:29 Jan 2019 21:30

Repository Staff Only: item control page