Amalan rewang dalam masyarakat Jawa di Malaysia

Zainorinyana Jamoran Yana, and Yew, Vivien Wong Chin (2017) Amalan rewang dalam masyarakat Jawa di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 13 (3). pp. 53-64. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
565kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/974

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui makna amalan rewang dalam masyarakat Jawa dan melihat unsur moden yang sedikit sebanyak telah mengubah cara perlaksanaan tradisi rewang ini. Selain itu, kajian ini juga melihat bagaimana pembahagian tugas dalam rewang serta mengetahui nilai rewang itu terhadap masyarakat Jawa. Kaedah kualitatif secara temubual mendalam dan pemerhatian tidak ikut serta digunakan untuk mendapat maklumat daripada lima orang Jawa yang terlibat dalam amalan rewang seperti tuan rumah, Ketua kampung, ketua masak dan penduduk kampung Lenga yang terlibat dalam aktiviti rewang. Analisis hasil kajian ini dibahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama mengenalpasti makna sebenar amalan rewang dalam masyarakat setempat seperti semangat melakukan kerja bergotong-royong, semangat kerjasama dan identiti masyarakat Jawa itu sendiri. Kemudian, penyerapan unsur moden dalam rewang mempengaruhi cara penyediaan makanan, masakan dan balai atau khemah khawin. Bahagian kedua analisis hasil kajian ini pula tertumpu kepada pembahagian tugas dalam warisan rewang. Tema yang dikaji termasuk aspek melancarkan aktiviti kenduri itu, membina solidariti dalam masyarakat dan menyatupadukan masyarakat yang saling bergantung antara satu sama lain. Di samping itu, antara nilai yang terdapat dalam amalan rewang ini adalah wujudnya nilai tidak mementingkan diri dalam masyarakat Jawa itu sendiri, hormat menghormati, saling muafakat dan wujud nilai perkongsian pengalaman dan emosi dalam masyarakat Jawa di Kampung Jawa, Lenga.

Item Type:Article
Keywords:Amalan; Jawa; Masyarakat; Nilai; Rewang; Malaysia
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:12535
Deposited By: ms aida -
Deposited On:29 Jan 2019 02:54
Last Modified:29 Jan 2019 21:35

Repository Staff Only: item control page