Nurul Huda Ab Rahman, and Azlin Norhaini Mansor, (2017) Tahap amalan guru besar serta pengajaran dan pembelajaran guru sekolah rendah. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 13 (3). pp. 65-74. ISSN 2180-2491
|
PDF
249kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/974
Abstract
Kajian berbentuk deskriptif ini dijalankan secara tinjauan melalui edaran soal selidik di sekolah rendah zon 2 dalam daerah Gua Musang, Kelantan. Kajian dijalankan bertujuan untuk mengetahui persepsi guru terhadap amalan pengurusan guru besar dan pembelajaran pengajaran guru di sekolah. Seramai 120 orang guru telah dipilih secara rawak untuk menjayakan kajian ini dengan mengedarkan soal selidik berkaitan persoalan kajian kepada guru-guru terlibat. Kaedah kuantitatif digunakan dan data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Kajian deskriptif dijalankan dan hasil dapatan dipamerkan dalam bentuk min, kekerapan dan peratusan. Hasil kajian secara keseluruhan menunjukkan tahap kepimpinan pentadbir di sekolah adalah tinggi; pengurusan organisasi guru besar sekolah adalah tinggi; tahap amalan guru besar dalam aspek pengurusan kurikulum, kokurikulum dan sukan serta hal ehwal murid adalah tinggi; dan tahap amalan pengajaran dan pembelajaran guru juga tinggi. Beberapa cadangan juga dikemukakan sebagai langkah untuk meningkatkan lagi tahap kepimpinan guru besar dan pengajaran dan pembelajaran guru.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Guru; Guru besar; Kepimpinan; Pengajaran dan pembelajaran; Pengurusan organisasi; Sekolah rendah |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 12536 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 29 Jan 2019 03:01 |
Last Modified: | 29 Jan 2019 21:36 |
Repository Staff Only: item control page