Kesejahteraan hidup warga emas: perancangan berasaskan gender

Nur Syakiran Akmal Ismail, and Norehan Abdullah, and Kalthum Hassan, and Shamzaeffa Samsudin, and Ummu Atiyah Ahmad Zakuan, and Rohana Yusof, and Nurzalyna Mohamed Zaki, (2017) Kesejahteraan hidup warga emas: perancangan berasaskan gender. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 13 (3). pp. 75-85. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
442kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/974

Abstract

Malaysia dijangka akan menghadapi fenomena menua tahun 2030. Pada tahun 2020 sahaja, warga tua di Malaysia dijangka mencecah 3.21 juta orang. Arus modenisasi banyak mengubah struktur keluarga di Malaysia sehingga perancangan masa hadapan dilihat penting dalam kehidupan. Pertimbangan dalam menempuh kehidupan waktu tua adalah penting untuk masa hadapan bagi mencapai kesejahteraan hidup. Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti keutamaan penyusunan hidup masa tua bagi lelaki dan wanita di Malaysia. Skop kajian ini meliputi tiga wilayah koridor ekonomi (NCER, ECER dan Iskandar) dan bancian yang dibuat terhadap bakal warga emas yang dipilih secara persampelan rawak berstrata. Sejumlah 1153 responden berbangsa Melayu yang terdiri daripada kumpulan umur 40-59 tahun telah berjaya diperolehi dan dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan pilihan kehidupan masa tua antara lelaki dan wanita. Berbanding lelaki, responden wanita didapati lebih cenderung untuk tinggal bersama anak-anak berbanding tinggal bersendirian sebagai pilihan kedua. Responden lelaki tidak berminat untuk tinggal di institusi pondok, berbanding wanita yang menganggap tinggal di pondok sebagai salah satu alternatif pilihan hidup bagi meningkatkan pengetahuan agama mereka. Walau bagaimanapun, keseluruhan kajian menunjukkan responden lebih memberi keutamaan untuk tinggal di kediaman sendiri berdasarkan faktor keselesaan untuk diri mereka. Oleh itu, hasil kajian ini dapat menyumbang idea kepada pihak berwajib dalam merancang dasar-dasar yang sesuai untuk bakal warga emas masa hadapan.

Item Type:Article
Keywords:Gender; Kehidupan masa tua; Kesejahteraan hidup; Perancangan; Pilihan; Warga emas
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:12537
Deposited By: ms aida -
Deposited On:29 Jan 2019 03:11
Last Modified:29 Jan 2019 21:38

Repository Staff Only: item control page