Tingkah laku pengundi dan pilihan politik di kawasan Parlimen Pasir Mas, Kelantan

Junaidi Awang Besar, (2017) Tingkah laku pengundi dan pilihan politik di kawasan Parlimen Pasir Mas, Kelantan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 13 (3). pp. 97-111. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
643kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/974

Abstract

Tingkah laku politik merupakan tindakan seseorang terhadap aktiviti politik yang merangkumi persepsi atau pandangan; dan partisipasi atau penyertaan dalam aktiviti politik. Perlakuan politik membawa kepada pilihan atau sokongan pengundi kepada calon atau parti politik dalam pilihan raya. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tingkah laku pengundi dan pilihan politik di kawasan Parlimen Pasir Mas, Kelantan. Beberapa kaedah telah digunakan iaitu kajian kepustakaan, pemerhatian di lapangan dan soal selidik terhadap 300 orang responden di kawasan Parlimen Pasir Mas. Hasil kajian mendapati bagi tingkah laku pengundian di kawasan Parlimen Pasir Mas menunjukkan bahawa pendekatan teori pilihan rasional lebih dominan berbanding teori identifikasi parti dan model sosiologi. Ini menunjukkan bahawa pengundi di Parlimen Pasir Mas lebih mengutamakan kepentingan kepada kehidupan mereka terutama yang berkaitan dengan ekonomi, kebajikan, pembangunan dan kemudahan awam terutama bagi pengundi muda. Pilihan politik responden memihak kepada PAS di Parlimen Pasir Mas dan juga Negeri Kelantan. Walau bagaimanapun, mereka masih memerlukan kedua-dua parti ini iaitu Kerajaan PAS Kelantan dan Kerajaan Persekutuan/BN untuk menyelesaikan masalah sosioekonomi dan politik di kawasan Parlimen Pasir Mas. Justeru adalah menjadi tanggungjawab pihak kerajaan untuk memastikan permasalahan rakyat dijadikan keutamaan untuk diselesaikan melalui polisi sosioekonomi yang sesuai.

Item Type:Article
Keywords:Aktiviti politik; Parti politik; Partisipasi; Persepsi; Pilihan raya; Tingkah laku politik
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:12539
Deposited By: ms aida -
Deposited On:29 Jan 2019 03:25
Last Modified:29 Jan 2019 21:42

Repository Staff Only: item control page