Pemantauan percanggahan guna tanah bandar dan tanah pertanian menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS)

Zurinah Tahir, and Jalaluddin Abdul Malek, (2017) Pemantauan percanggahan guna tanah bandar dan tanah pertanian menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 13 (3). pp. 112-130. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/974

Abstract

Perkembangan guna tanah yang ketara akibat daripada pertambahan penduduk yang pesat, peningkatan kemajuan perbandaranan dan kawasan industri telah menyebabkan kehilangan kawasan tanah pertanian. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlakunya percanggahan guna tanah khususnya tanah pertanian. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk membangunkan pangkalan data Sistem Maklumat Geografi (Geography Information System/GIS) bagi mengkaji perkembangan guna tanah bandar dan memantau guna tanah pertanian. Kajian ini turut menganalisis implikasi perubahan guna tanah ke atas tanah pertanian dengan menggunakan fungsi GIS dan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi tanah pertanian berkurang. Kefungsian GIS ini dapat membantu pihak yang berkenaan untuk membuat keputusan yang berkaitan dengan guna tanah terutama dalam kerja-kerja yang melibatkan pemantauan guna tanah pertanian. Kaedah kajian ini melibatkan pengumpulan data spatial dan atribut termasuklah pelan guna tanah, maklumat taburan perumahan, taburan perdagangan dan perindustrian. Dalam kajian ini, integrasi data spatial dan hubungan atribut dibincangkan secara terperinci. Penemuan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kehilangan tanah pertanian dan GIS telah membantu dalam perancangan dan pemantauan penggunaan tanah. Aplikasi Sistem Maklumat Geografi mempunyai keupayaan dalam pengurusan pangkalan data, model analisis dan analisis ruang yang dapat membantu perancang dan pembuat keputusan untuk melakukan tindakan dan membuat garis panduan perancangan dan pemantauan pembangunan guna tanah di kawasan kajian supaya mencapai pembangunan guna tanah yang mampan. Menerusi sistem GIS ini, analisis terhadap tren perubahan guna tanah dapat diketahui dengan cepat dan mudah dilaksanakan mengikut fungsi-fungsi yang telah disediakan oleh perisian ArcView. Oleh itu, dengan adanya sistem GIS, pendekatan perancangan yang rasional dan sistematik, kualiti perancangan dan proses membuat keputusan dapat ditingkatkan secara berkesan bagi mengawal perancangan guna tanah.

Item Type:Article
Keywords:Bandar; Guna tanah; Pemantauan; Percanggahan; Sistem Maklumat Geografi; Tanah pertanian
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:12540
Deposited By: ms aida -
Deposited On:29 Jan 2019 03:32
Last Modified:29 Jan 2019 21:43

Repository Staff Only: item control page