Kesalahan penggunaan imbuhan awalan dan akhiran dalam kalangan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil berdasarkan Teori Analisis Kesalahan Corder (1973)

Amirra Shazreena Aminul Razin, and Vijayaletchumy Subramaniam, (2019) Kesalahan penggunaan imbuhan awalan dan akhiran dalam kalangan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil berdasarkan Teori Analisis Kesalahan Corder (1973). International Journal of the Malay World and Civilisation, 7 (1). pp. 3-13. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
830kB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-7-bil-1/

Abstract

Kajian ini mengenal pasti dan membincangkan jenis kesalahan imbuhan awalan dan imbuhan akhiran yang telah dirincikan dalam Teori Analisis Kesalahan Corder (1973) serta punca murid tidak menguasai imbuhan awalan dan imbuhan akhiran murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Sampel kajian ialah seramai 50 orang murid India di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Serdang, Selangor. Sampel yang diambil ialah murid tahun lima Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Serdang. Instrumen yang digunakan ialah ujian bertulis berkenaan dengan imbuhan awalan dan imbuhan akhiran, teori yang digunakan ialah Teori Analisis Kesalahan Corder (1973). Kaedah yang digunakan ialah kaedah pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid tidak menguasai imbuhan awalan dan imbuhan akhiran sepenuhnya. Kajian ini penting untuk membantu pihak sekolah meningkatkan pemahaman imbuhan dalam penulisan murid.

Item Type:Article
Keywords:Murid India; Penulisan; Awalan; Akhiran; Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:12542
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Feb 2019 00:08
Last Modified:14 Feb 2019 13:43

Repository Staff Only: item control page