Ayuni Mohamad Bakari, and Rohaidah Kamaruddin, (2019) Prinsip kesopanan dalam kesantunan bahasa drama Zahira. International Journal of the Malay World and Civilisation, 7 (1). pp. 15-26. ISSN 2289-1706
|
PDF
287kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-7-bil-1/
Abstract
Kesantunan berbahasa merupakan penggunaan kata-kata yang sesuai dituturkan, tidak berkonflik dan sentiasa menjaga air muka pendengar. Akhir-akhir ini, kebanyakan drama yang dihasilkan mengabaikan aspek kesantunan ketika berbahasa. Biasanya drama yang ditayangkan mempunyai jalan cerita berkisarkan percintaan, konflik perkahwinan, penceraian, gejala sosial, dan sebagainya. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menghuraikan ujaran yang mengandungi maksim kesopanan dalam drama Zahira. Pengkaji menggunakan kaedah analisis kandungan teks dan pendekatan kualitatif untuk menganalisis teks yang telah ditranskripsi berdasarkan drama tersebut. Prinsip Kesopanan Leech (1983) telah diguna pakai oleh pengkaji untuk menganalisis data kajian yang diperoleh. Hasil kajian menunjukkan bahawa keenam-enam maksim dalam Prinsip Kesopanan Leech terkandung dalam drama Zahira. Maksim Kesopanan Leech yang paling dominan dalam drama Zahira ialah maksim persetujuan, iaitu sebanyak 25%. Maksim persetujuan ditandai dengan persetujuan secara langsung oleh watak dalam drama dan kesepakatan tidak diabaikan ketika memberikan persetujuan. Situasi ini menjadikan komunikasi bertambah lancar dan salah faham dapat dielakkan. Sebagai rumusan, drama menjadi salah satu medium terpenting dalam memberi nilai serta memupuk kesedaran berbahasa seseorang. Oleh itu, penggunaan bahasa yang baik perlu dititikberatkan terutamanya daripada aspek kesantunan bahasa bagi membentuk masyarakat yang bersopan-santun, berbudi bahasa dan berpekerti mulia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kesantunan berbahasa; Prinsip kesopanan; Maksim; Drama Melayu |
Journal: | International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI) |
ID Code: | 12543 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 11 Feb 2019 00:20 |
Last Modified: | 14 Feb 2019 13:44 |
Repository Staff Only: item control page