Hubungan dialektikal praktis sosial muamalat dengan ciri leksikal wacana perbankan Islam

Mohamad Fitri Mohamad Yusoff, and Zaitul Azma Zainon Hamzah, and Pabiyah Hajimaming @ Pabiyah Toklubok, and Nor Azuwan Yaakob, (2019) Hubungan dialektikal praktis sosial muamalat dengan ciri leksikal wacana perbankan Islam. International Journal of the Malay World and Civilisation, 7 (1). pp. 47-54. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
245kB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-7-bil-1/

Abstract

Kewujudan kata/istilah Melayu bukan lazim, kata/istilah Arab tulen, kata/istilah gabungan Melayu-Arab, kata/istilah Inggeris dan kata/istilah gabungan Melayu-Inggeris dalam wacana perbankan Islam berbahasa Melayu bukanlah berlaku secara kebetulan, tetapi dipengaruhi oleh praktis sosial muamalat. Hal ini kerana hubungan antara praktis sosial dengan wacana adalah hubungan dialektikal atau hubungan timbal balas. Justeru dengan mengaplikasi pendekatan Analisis Wacana Kritis (AWK), kajian ini bertujuan merungkai hubungan dialektikal antara praktis sosial muamalat dengan ciri leksikal wacana perbankan Islam. Kajian ini membuktikan bahawa, daripada satu sudut, praktis sosial mempengaruhi pembentukan wacana, sementara daripada sudut yang lain pula, wacana berperanan memperteguh praktis sosial. Kajian ini memberi kefahaman bahawa, kewujudan ciri leksikal yang rencam dalam wacana perbankan Islam berbahasa Melayu adalah bertujuan menampung keperluan praktis sosial muamalat, tambahan pula dalam konteks Malaysia perbankan Islam berkembang dalam kerangka perbankan konvensional

Item Type:Article
Keywords:Analisis Wacana Kritis; Dialektikal; Leksikal; Praktis sosial muamalat; Wacana Perbankan Islam
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:12546
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Feb 2019 00:55
Last Modified:14 Feb 2019 13:48

Repository Staff Only: item control page