Perlaksanaan rancangan bekalan air luar bandar di negeri Kedah, 1909-1957

Mohd Firdaus Abdullah, and Arba’iyah Mohd Noor, (2019) Perlaksanaan rancangan bekalan air luar bandar di negeri Kedah, 1909-1957. International Journal of the Malay World and Civilisation, 7 (1). pp. 55-67. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
376kB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-7-bil-1/

Abstract

Isu perkembangan dan pembangunan sistem bekalan air domestik luar bandar dari tahun 1909 sehingga tahun 1957 mempunyai kepentingan tersendiri kepada British di negeri Kedah. British dilihat berusaha membangunkan sistem bekalan air bagi meningkatkan taraf kehidupan dan kesihatan para penduduk yang melibatkan diri dalam aktiviti penanaman padi dan pertanian di Kedah. Ini kerana golongan ini merupakan penyumbang ekonomi utama kepada British dalam tempoh yang dinyatakan. Maka dengan itu, makalah ini bermatlamat ingin melihat perkembangan kemudahan bekalan air domestik luar bandar di Kedah, 1909-1957. Penyelidikan ini akan mensintesis kepentingan perlaksanaan projek bekalan air di kawasan luar bandar di Kedah kepada British. Kemudian akan menganalisis perlaksanaan projek bekalan air di kawasan luar bandar di Kedah. Seterusnya akan meninjau keadaan kemudahan bekalan air di kawasan luar bandar di Kedah ketika penjajahan Jepun. Akhir sekali akan mengenal pasti tahap tumpuan British terhadap sistem bekalan air luar bandar di Kedah selepas perang dunia kedua sehingga kemerdekaan Tanah Melayu. Penyelidikan ini menggunakan bahan dan data daripada Arkib Negara Cawangan Kedah/Perlis, Arkib Negara Malaysia, Perpustakaan Awam Negeri Kedah, Perpustakaan Utama Universiti Malaya, Perpustakaan Za’ba Universiti Malaya, Perpustakaan Tun Sri Lanang Universiti Kebangsaan Malaysia dan Syarikat Air Darul Aman (SADA). Hasil kajian mendapati, British berjaya melaksana rancangan bekalan air domestik luar bandar di Kedah dalam tempoh yang dinyatakan. Meskipun pendekatan yang diamalkan oleh British hanya bertumpu kepada kawasan yang tinggi nilai ekonomi sahaja, namun pengenalan sistem bekalan air moden di Kedah dilihat telah mengubah kebergantungan para penduduk terhadap sumber bekalan air semula jadi kepada bekalan air yang lebih baik serta berkualiti.

Item Type:Article
Keywords:Isu pembangunan; Bekalan air; Domestik; British; Kedah; Luar bandar; Padi
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:12547
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Feb 2019 01:05
Last Modified:14 Feb 2019 13:48

Repository Staff Only: item control page