Faktor ekstralinguistik terhadap sikap pembelajaran bahasa kedua dalam kalangan pelajar asing di universiti terpilih di Malaysia

Nurul Ain Ahmad, and Rohaidah Kamaruddin, (2019) Faktor ekstralinguistik terhadap sikap pembelajaran bahasa kedua dalam kalangan pelajar asing di universiti terpilih di Malaysia. International Journal of the Malay World and Civilisation, 7 (1). pp. 69-76. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
377kB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-7-bil-1/

Abstract

Kajian ini melibatkan faktor ektralinguistik iaitu sikap dalam pembelajaran bahasa kedua dalam kalangan pelajar asing di lima buah universiti di Malaysia. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi sikap pelajar asing terhadap pembelajaran bahasa Melayu dan menganalisis faktor yang paling dominan dalam sikap instrumental dan integratif berdasarkan pelajar asing yang dikaji. Dalam kajian ini, pengkaji mendapati sikap positif pelajar asing dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Responden kajian terdiri daripada sekumpulan pelajar asing dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan Universiti Sains Malaysia (USM). Dalam kajian ini pengkaji mengaplikasikan Teori Sikap terhadap Bahasa oleh Zimbardo & Leippe (1991) dalam Rohaidah Kamaruddin (2012). Teori Sikap terhadap Bahasa oleh Zimbardo & Leippe (1991) membicarakan tentang unsur - unsur yang mempengaruhi keseluruhan sikap seseorang terhadap bahasa yang dipelajari. Keseluruhan sampel kajian adalah seramai 150 orang daripada 27 buah negara. Dalam kajian ini didapati asas sikap ini terbahagi kepada instrumental dan integratif. Sekiranya seseorang itu belajar bahasa untuk mengenali sesuatu bangsa, memahami budaya melalui bahasa bangsa tersebut, ianya dipanggil integratif. Manakala instrumental pula merujuk kepada keinginan mempelajari bahasa tanpa ingin menjadi sebahagian daripada bangsa tersebut atau untuk sesuatu tujuan. Hasil daripada dapatan dan kajian lapangan menunjukkan bahawa pelajar asing memilih pemboleh ubah sikap integratif sebagai pemboleh ubah yang paling dominan. Hal ini menunjukkan pembelajaran bahasa Melayu sangat berguna dan menggembirakan mereka. Secara keseluruhannya, sikap integratif dalam kalangan pelajar asing berada di tahap paling tinggi berbanding sikap instrumental.

Item Type:Article
Keywords:Ekstralinguistik; Sikap; Bahasa Melayu; Intrumental; Integratif; Penutur asing
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:12548
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Feb 2019 01:44
Last Modified:14 Feb 2019 13:49

Repository Staff Only: item control page