Representasi budaya dalam kit video pembelajaran bahasa Melayu untuk penutur asing: analisis teori sosiokognitif

Yusmaniza Mohd Yusoff, and Nor Hashimah Jalaluddin, and Junaini Kasdan, and Hasnah Mohamad, (2019) Representasi budaya dalam kit video pembelajaran bahasa Melayu untuk penutur asing: analisis teori sosiokognitif. International Journal of the Malay World and Civilisation, 7 (1). pp. 77-91. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-7-bil-1/

Abstract

Pembelajaran bahasa seharusnya diiringi dengan pembelajaran mengenai budaya masyarakat sesuatu bahasa itu kerana manusia cepat belajar melalui proses peniruan. Pembelajaran bahasa Melayu akan menjadi lebih menyeronokkan dan berinteraktif jika budaya masyarakatnya menjadi asas pembelajaran. Pembelajaran bahasa Melayu kepada penutur asing sudah sekian lama menggunakan modul pembelajaran bahasa yang lebih berfokus kepada bantuan guru sepenuhnya. Namun, bantuan guru sahaja tidak cukup untuk memperkenalkan budaya masyarakat Malaysia yang pelbagai kepada penutur asing. Justeru, apakah bahan bantu yang boleh digunakan oleh penutur asing untuk mempelajari bahasa Melayu sekiranya tidak menghadiri kelas formal, namun masih boleh mempelajari budaya? Kini, pembelajaran berbantu komputer menjadi dimensi pembelajaran yang baru dalam dunia pendidikan kerana kemudahan komputer membantu mewujudkan pembelajaran secara interaktif dan menyeronokkan. Walaupun begitu, pembelajaran menggunakan modul bertulis perlu dikekalkan kerana masih penting. Unsur budaya yang direpresentasikan melalui kit multimedia berbentuk video membolehkan pembelajaran bahasa Melayu bukan sekadar dipelajari, malah diamati sehingga seterusnya diperilakukan secara fizikal. Kit video sebagai alat bantu alternatif tersebut dapat membantu penutur asing mempelajari bahasa dan budaya masyarakat Malaysia secara kendiri. Oleh itu, kajian ini akan membincangkan tentang kit video bahasa Melayu untuk penutur asing yang dibangunkan menggunakan model reka bentuk pembelajaran ADDIE. Seterusnya, kebolehgunaan kit video tersebut dianalisis melalui kaca mata Teori Sosiokognitif yang menekankan pembelajaran melalui pemerhatian dan pemodelan.

Item Type:Article
Keywords:Kit video bahasa Melayu; Modul pembelajaran bahasa Melayu; Budaya Melayu; ADDIE; Teori Sosiokognitif
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:12549
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Feb 2019 01:51
Last Modified:14 Feb 2019 13:50

Repository Staff Only: item control page