Abdul Rahman Mahmud, and Zaini Sakawi, and Khairul Nizam Abdul Maulud, (2017) Analisa terhadap kaedah pengulasan laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 13 (4). pp. 11-21. ISSN 2180-2491
|
PDF
382kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1049
Abstract
Kualiti laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) merupakan suatu petunjuk penting bagi menilai keberkesanan EIA. Untuk memantau tahap kualiti laporan EIA, kaedah pengulasan laporan EIA yang lebih sistematik amat diperlukan. Aktiviti pengulasan EIA merupakan suatu mekanisme kawalan kualiti yang dapat membantu pihak berkuasa membuat keputusan yang terbaik terhadap sesebuah cadangan projek. Kajian ini memberi fokus terhadap penilaian kaedah pengulasan laporan EIA di Malaysia. Ia dijalankan melalui analisa kandungan terhadap garis panduan EIA umum dan prosedur pemprosesan laporan EIA di Malaysia. Seterusnya, satu perbandingan antara senarai semak yang digunakan dalam prosedur pemprosesan EIA di Malaysia dan senarai semak Kesatuan Eropah (EU) telah dilakukan. Kajian mendapati terdapat empat kaedah pengulasan EIA yang dijalankan di Malaysia iaitu pengulasan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS), agensi, kendiri dan pakar. Terdapat beberapa kelemahan dalam aspek prosedur pengulasan EIA dan wujudnya potensi serta ruang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan dalam konteks pengulasan EIA di Malaysia. Keperluan untuk menyediakan pakej pengulasan EIA yang komprehensif adalah perkara penting untuk mengukur pematuhan garis panduan dan kualiti kajian EIA. Pembentukan pakej pengulasan EIA memberi manfaat yang besar untuk mengukur prestasi amalan EIA secara berterusan di Malaysia. Ia juga merupakan langkah untuk meningkatkan kualiti proses membuat keputusan dalam aspek pengurusan alam sekitar.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Keberkesanan EIA; Kualiti laporan EIA; Pengulasan EIA; Pengurusan alam sekitar; Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA); Senarai semak EIA |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 12569 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 14 Feb 2019 06:13 |
Last Modified: | 18 Feb 2019 11:16 |
Repository Staff Only: item control page