Kecenderungan penglibatan agropreneur dalam industri tanaman cendawan di Johor

Rosmiza Mohd Zainol, and Juliana Mah Hussin, (2017) Kecenderungan penglibatan agropreneur dalam industri tanaman cendawan di Johor. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 13 (4). pp. 37-46. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
542kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1049

Abstract

Senario permintaan di pasaran global semakin meningkat terhadap tanaman cendawan disebabkan kelebihannya dalam pembangunan industri farmaseutikal, nutraseutikal, kosmeseutikal serta potensinya dalam pembangunan industri hiliran lain. Lantas, mendorong penglibatan agropreneur untuk menceburi industri herba ini. Namun, kadar penawaran cendawan di pasaran tempatan masih lagi rendah lantaran kekurangan pengusaha. Dalam usaha meningkatkan kadar penawaran cendawan di pasaran tempatan dan galakan penyertaan agropreneur, Dasar Agromakanan Negara (2011-2020) telah menetapkan industri cendawan sebagai salah satu industri bernilai tinggi negara. Tumpuan diberikan oleh pihak kerajaan sebagai dorongan untuk meningkatkan penyertaan agropreneur menceburi tanaman cendawan. Justeru, kajian dilakukan untuk mengkaji jenis cendawan yang ditawarkan serta menilai faktor kecenderungan penglibatan agropreneur dalam industri cendawan di Johor. Pemilihan Johor sebagai kawasan kajian memandangkan kadar penglibatan agropreneur dan pengeluaran hasil cendawan di wilayah ini adalah tertinggi di Malaysia. Rekabentuk kajian bersifat kuantitatif dan kualitatif. Kaedah triangulasi melibatkan kaji selidik, temubual dan pemerhatian telah dilaksanakan ke atas 42 orang responden. Kajian mendapati keseluruhan agropreneur di Johor menawarkan cendawan tiram kelabu (Pleurotus pulmonarius) kerana permintaan di pasaran tempatan adalah tinggi selain turut mengusahakan cendawan kukur (Schizophyllum sp.) dalam skala kecil. Kajian menonjolkan kecenderungan utama penglibatan agropreneur dalam industri tanaman cendawan adalah disebabkan oleh faktor minat terhadap tanaman herba ini. Selain itu, ia turut didorong oleh pulangan pendapatan lumayan dalam jangka masa singkat; pengaruh rakan perniagaan yang berjaya; pengaruh dasar kerajaan; serta mengambil alih perusahaan keluarga. Kesungguhan minat agropreneur untuk mengusahakan tanaman cendawan perlu didorong secara bersepadu, efektif serta holistik oleh pihak kerajaan melalui penawaran pelbagai insentif serta khidmat nasihat. Peningkatan penyertaan agropreneur dalam industri herba ini akan meningkatkan penawaran cendawan di pasaran malah berupaya mengurangkan kebergantungan import serta mensasarkan kepada jualan eksport negara.

Item Type:Article
Keywords:Agropreneur; Cendawan; Herba; Kecenderungan; Penawaran; Penglibatan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:12571
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Feb 2019 06:26
Last Modified:18 Feb 2019 11:18

Repository Staff Only: item control page