Impak bilangan kenderaan terhadap pencemaran bunyi di Banda Hilir, Melaka

Azlan Abas, and Azahan Awang, and Jamaluddin Md Saad, (2017) Impak bilangan kenderaan terhadap pencemaran bunyi di Banda Hilir, Melaka. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 13 (4). pp. 47-55. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
462kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1049

Abstract

Masalah pertambahan kenderaan di Banda Hilir, Melaka dilihat semakin meruncing. Ditambah dengan kepesatan pembangunan di kawasan sekitarnya meningkatkan lagi kuantiti kenderaan yang berada di Banda Hilir, Melaka. Ini membuatkan tahap pencemaran bunyi di Banda Hilir, Melaka semakin membimbangkan. Kajian ini mengenalpasti tahap pencemaran bunyi yang wujud di Banda Hilir, Melaka impak daripada pertambahan bilangan kenderaan. Sebanyak 7 (tujuh) stesen persampelan kajian telah dipilih di sekitar kawasan Banda Hilir, Melaka. Dengan menggunakan alat Sound Level Meter, aras maksimum, aras minimum dan nilai purata kebisingan serta bilangan kenderaan juga direkodkan bagi semua kawasan persampelan. Keputusan yang diperolehi menunjukkan Menara Taming Sari mempunyai Nilai Leq bunyi bising tertinggi dengan 84.4 dan nilai leq bunyi bising terendah direkodkan di Petronas Hujung Pasir dengan 68.4. Bilangan kenderaan tertinggi direkodkan di Menara Taming Sari dengan 131 buah kenderaan dan bilangan terendah adalah di Petronas Hujung Pasir dengan 72 buah kenderaan. Analisis korelasi pearson nilai r adalah 0.8913, menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap bunyi bising dan bilangan kenderaan di Banda Hilir, Melaka. Kajian mendapati purata kebisingan bunyi trafik di Banda Hilir Melaka adalah melebihi daripada 65 dBA iaitu piawai yang ditetapkan oleh JAS. Permasalahan kebisingan trafik yang wujud akibat daripada proses pembangunan dan pembandaran perlu dipandang serius oleh pihak-pihak tertentu dalam strategi perancangan bandar yang mampan.

Item Type:Article
Keywords:Banda Hilir; Impak kenderaan; Melaka; Pencemaran udara; Pencemaran bunyi; Pencemaran di bandar
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:12572
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Feb 2019 06:31
Last Modified:18 Feb 2019 11:20

Repository Staff Only: item control page