Lim, Sel Fang and Nordin Hussin, (2017) Sejarah pembasmian penggunaan dan perdagangan candu di Negeri-negeri Selat tahun 1908-1940. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 13 (4). pp. 56-67. ISSN 2180-2491
|
PDF
231kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1049
Abstract
Kajian ini dilakukan untuk mengkaji perkembangan gerakan membasmi penggunaan dan perdagangan candu di Negeri-negeri Selat dari tahun 1908 hingga 1940. Kajian ini dilakukan kerana penulisan yang menjurus berkenaan isu candu adalah lebih terfokus kepada perkembangan candu sebelum tahun 1908. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengisi kekurangan penulisan dalam sejarah anti-candu di Tanah Melayu. Kaedah kualitatif digunakan untuk melaksanakan kajian ini di samping merujuk kepada sumber primer dan sekunder. Kajian membuktikan dalam gerakan anti-candu di Negeri-negeri Selat, kerajaan British telah mengambil banyak langkah untuk membasmi penggunaan dan perdagangan candu. Masyarakat Cina juga turut berperanan dalam gerakan anti-candu di Negeri-negeri Selat. Dalam gerakan anti-candu di Negeri-negeri Selat, kerajaan British telah memainkan peranan yang sangat penting. Antaranya dengan mengharamkan penjualan candu di rumah pelacuran, memonopoli semua urusan yang berkaitan dengan candu, dan menubuhkan hospital kerajaan sebagai pusat pemulihan candu. Gerakan anti-candu ini telah membawa kepada pengurangan penggunaan dan perdagangan candu di Negeri-negeri Selat.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | British; Candu; Gerakan anti-candu; Masyarakat Cina; Negeri-negeri Selat; Tanah Melayu |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 12573 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 14 Feb 2019 07:08 |
Last Modified: | 18 Feb 2019 11:21 |
Repository Staff Only: item control page