Variasi hujan dan potensi tuaian air hujan di Bandar Baru Bangi

Noorazuan Md. Hashim, and Shamsuddin Man, and Yaakob Mohd Jani, (2017) Variasi hujan dan potensi tuaian air hujan di Bandar Baru Bangi. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 13 (4). pp. 68-79. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
657kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1049

Abstract

Pertambahan populasi bandar dan penguncupan rezab air di Selangor telah memungkinkan pihak kerajaan mempromosikan kepenggunaan sistem penuaian air hujan sebagai sumber bekalan alternatif di kalangan pengguna. Makalah ini meneliti hasil aplikasi sistem berkenaan di tapak eksperimental Bandar Baru Bangi berdasarkan kepada beberapa episod variasi hujan yang direkodkan pada Disember 2014 hingga April 2015. Data cerapan berkenaan digunakan bagi mengenalpasti sejauhmana hubungkaitan di antara taburan hujan tempatan dan potensi isi padu variasi air tuaian yang dikutip oleh sistem berkenaan. Hasil eksperimental di tapak kajian menunjukkan isi padu tuaian hujan mempunyai julat yang besar, iaitu dari serendah 0.018 m3 sehingga setinggi 2.722 m3. Model hubungan antara isi padu tuaian hujan dan kedalaman hujan menghasilkan nilai R2 yang tinggi (R2 = 89%). Hasil kajian ini juga telah menunjukkan keadaan isi padu tangki storan (1000 liter) di tapak eksperimental berkenaan adalah bersesuaian dengan kondisi taburan variasi tuaian hujan.

Item Type:Article
Keywords:Bandar Baru Bangi; Hujan; Isi padu tuaian; Model; Tapak eksperimental; Tuaian air hujan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:12574
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Feb 2019 07:14
Last Modified:18 Feb 2019 11:22

Repository Staff Only: item control page