Pendemokrasian mahasiswa di Intitusi Pengajian Tinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia

Roslizawati Taib, and Mohd Rizal Yaakop, (2017) Pendemokrasian mahasiswa di Intitusi Pengajian Tinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 13 (4). pp. 93-105. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
440kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1049

Abstract

Sejak akhir-akhir ini, terdapat perubahan dilihat dalam penyertaan politik anak-anak muda, terutamanya di negara-negara membangun termasuklah Malaysia. Evolusi perjuangan politik generasi muda radikal di Malaysia bermula seawal hari Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Corak dan trend gerakan golongan muda sejak kemerdekaan dapat dilihat dengan jelas. Objektif tertentu digariskan khusus untuk menyuarakan kebimbangan mereka untuk beberapa isu yang berkaitan dengan masyarakat dan merayu kepada kerajaan untuk menangani isu-isu tersebut. Oleh itu, fokus kajian ini adalah untuk membincangkan penglibatan mahasiswa dalam politik kampus dan melihat elemen pendemokrasian yang dilakukan oleh mahasiswa universiti serta perubahan budaya berpolitik mereka. Data berbentuk primer dan sekunder dianalisis secara kualitatif. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan borang kaji selidik terhadap 60 orang responden bagi tahun 2014 dan 130 responden untuk tahun 2015. Hasil kajian menunjukkan faktor internal yang paling signifikan mendorong mahasiswa memprotes dan bukan dipengaruhi oleh politik luar semata-mata. Penglibatan anak muda sangat penting dalam usaha pendemokrasian dan sebagai usaha ke arah pembentukan landskap politik yang baharu di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Demokrasi; Gerakan muda; Golongan muda; Pelajar universiti; Penyertaan politik; Protes politik
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:12576
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Feb 2019 07:42
Last Modified:18 Feb 2019 11:26

Repository Staff Only: item control page