Tahap keupayaan usahawan dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana di Kuala Terengganu

Zaimah R., and Sazuani Abdullah, (2017) Tahap keupayaan usahawan dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana di Kuala Terengganu. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 13 (4). pp. 117-125. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
475kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1049

Abstract

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) merupakan satu insiatif kerajaan bagi mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia dan juga mengurangkan jurang pendapatan antara penduduk di luar bandar dan bandar. Sehubungan itu, keupayaan usahawan dalam melaksanakan perusahaan kecil dan sederhana amat penting dan perlu bagi memajukan sesebuah perniagaan meningkatkan pendapatan mereka. Kemampuan seorang usahawan menguruskan perniagaan boleh diukur melalui keupayaan dalaman yang ada dalam diri mereka dan boleh dizahirkan melalui keupayaan kepimpinan peribadi, keupayaan kemahiran pengurusan dan keupayaan proaktif. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengukur tahap keupayaan usahawan dalam perusahaan kecil dan sederhana di Kuala Terengganu. Tahap keupayaan usahawan akan diukur berdasarkan kepada tiga domain utama, iaitu keupayaan kepimpinan peribadi, keupayaan kemahiran pengurusan dan keupayaan proaktif. Untuk itu, kaedah survei dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan diaplikasikan dalam kajian ini. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen pengumpulan data. Hasilnya seramai 50 orang usahawan perusahaan kecil dan sederhana di sekitar Kuala Terengganu memberikan kerjasama. Analisis diskriptif menggunakan kekerapan, peratus dan purata digunakan untuk menjelaskan hasil dan objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap keupayaan kepimpinan peribadi dan keupayaan kemahiran pengurusan usahawan berada pada tahap sederhana tinggi. Manakala, tahap keupayaan proaktif usahawan pula berada pada tahap tinggi. Impikasinya, keupayaan kepimpinan peribadi dan kemahiran pengurusan dalam kalangan usahawan perusahaan kecil dan sederhana perlu diberi perhatian lebih untuk memastikan perusahaan mereka lebih berdaya maju pada masa hadapan.

Item Type:Article
Keywords:Kepimpinan peribadi; Kemahiran pengurusan; Keupayaan; Perusahaan Kecil dan Sederhana; Proaktif; Usahawan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:12578
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Feb 2019 07:53
Last Modified:18 Feb 2019 11:41

Repository Staff Only: item control page