Pengetahuan komuniti dan amalan pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan

Zaini Sakawi, and Sofia Ayup, and Mohd Fauzi Sukimi, (2017) Pengetahuan komuniti dan amalan pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 13 (4). pp. 126-137. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
392kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1049

Abstract

Penjanaan sisa pepejal di Malaysia semakin meningkat selari dengan pertambahan penduduk pada masa kini. Kepesatan pembangunan telah menghasilkan pelbagai masalah alam sekitar seperti kapasiti sisa di tapak pelupusan yang semakin kritikal yang menyebabkan tempoh jangka hayatnya tidak mampu menampung peningkatan penjanaan sisa semasa. Pendekatan pengurusan sisa bersepadu perlu dilaksanakan dengan mengambil kira aspek penglibatan masyarakat dalam mengurangkan sisa dari punca. Rentetan itu, kajian ini bertujuan untuk mendapatkan persepsi isirumah berkaitan aspek pengurusan sisa, pengetahuan dan amalan terhadap kitar semula, dan penglibatan komuniti dalam pengurusan sisa di tiga daerah di Negeri Sembilan. Kaedah kajian secara survei dengan menggunakan borang soal selidik telah dilakukan. Sejumlah 2686 responden dipilih dalam kalangan ketua isirumah dan persampelan kajian dilakukan secara rawak mudah. Hasil kajian menunjukkan pengetahuan masyarakat terhadap konsep kitar semula dan pengasingan barangan kitar semula secara relatif adalah tinggi. Walau bagaimanapun, tahap pendedahan program dan kesampaian pengetahuan tentang kitar semula daripada Pihak Berkuasa Tempatan atau Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam adalah sangat rendah. Seterusnya, amalan kitar semula perlu diperkasakan dan penglibatan semua pihak secara bersepadu. Kejayaan sesuatu program kitar semula dan pengurusan sisa pepejal sukar dicapai, walaupun pengetahuan dan amalan pengurusan sisa lestari dalam kalangan komuniti adalah sangat tinggi.

Item Type:Article
Keywords:Kitar semula; Komuniti; Pembersihan awam; Pengetahuan; Pengurusan sisa; Sisa pepejal
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:12579
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Feb 2019 08:00
Last Modified:18 Feb 2019 11:42

Repository Staff Only: item control page