Analisis indeks vulnerabiliti komuniti miskin zon pinggir laut di Kelantan

Nor Shahida Azali, and Firuza Begham Mustafa, and Khairulmaini Osman Salleh, (2017) Analisis indeks vulnerabiliti komuniti miskin zon pinggir laut di Kelantan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 13 (4). pp. 138-152. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
801kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1049

Abstract

Istilah vulnerabiliti ataupun keterancaman bertujuan untuk menjelaskan perhubungan yang wujud di antara keterdedahan ancaman fizikal dengan kesejahteraan manusia dan keupayaan mereka untuk menghadapi ancaman. Kajian ini melihat vulnerabiliti komuniti miskin yang tinggal di zon pinggir laut Negeri Kelantan. Komuniti miskin yang mempunyai daya tahan yang rendah merupakan kelompok komuniti yang paling berisiko terdedah kepada ancaman yang berlaku di zon pinggir laut seperti ancaman ombak, ribut, banjir air masin dan sebagainya. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menilai indeks vulnerabiliti komuniti miskin zon pinggir laut di sepanjang pinggir laut Negeri Kelantan. Terdapat dua komponen yang diambilkira iaitu komponen ancaman dan komponen sistem yang berisiko (komuniti miskin). Jumlah responden atau ketua isi rumah yang terlibat dalam sesi soal selidik ialah sepuluh peratus daripada jumlah ketua isi rumah miskin pada tahun 2012 bagi setiap Dewan Undangan Negeri di sepanjang pinggir laut Negeri Kelantan iaitu 515 orang. Ciri-ciri yang diambilkira seterusnya dinilai dengan skala Likert lima pilihan dan dianalisis bagi mendapatkan nilai indeks vulnerabiliti komuniti miskin zon pinggir laut Negeri Kelantan bagi 26 buah kampung di 11 mukim dalam empat daerah di pinggir laut Negeri Kelantan. Hasil daripada penilaian indeks tersebut menunjukkan tahap vulnerabiliti komuniti miskin sangat kritikal dan memerlukan satu mekanisma adaptasi yang sesuai agar komuniti ini boleh meningkatkan daya tahan mereka. Kesimpulannya, penilaian indeks vulnerabiliti komuniti miskin zon pinggir laut bukan sahaja menggambarkan tahap keterancaman komuniti tersebut, malah boleh dijadikan petunjuk dan panduan bukan sahaja kepada mereka tetapi pihak-pihak yang terlibat dalam aspek pengurusan di zon pinggir laut.

Item Type:Article
Keywords:Ancaman; Berisiko; Indeks vulnerabiliti komuniti miskin zon pinggir laut; Komuniti miskin; Vulnerabiliti; Zon pinggir laut
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:12580
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Feb 2019 08:04
Last Modified:18 Feb 2019 11:44

Repository Staff Only: item control page