Strategi daya tindak penjaga pesakit mental di Perlis

Paramjit Singh Jamir Singh, and Azlinda Azman, and Syazwani Drani, (2018) Strategi daya tindak penjaga pesakit mental di Perlis. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 14 (1). pp. 29-39. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
339kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1074

Abstract

Penyakit mental tidak hanya memberi kesan kepada pesakit mental tetapi ia juga memberi impak kepada kehidupan ahli keluarga mereka. Menjaga ahli keluarga yang mengidap penyakit mental akan memberi tekanan dan beban yang besar terhadap penjaga keluarga. Kajian kualitatif ini bertujuan untuk meneroka strategi daya tindak yang digunakan oleh ahli keluarga yang bertindak sebagai penjaga kepada ahli keluarga mereka yang mengidap penyakit mental. Seramai lima belas (15) orang responden iaitu penjaga yang menjaga ahli keluarga mereka di negeri Perlis telah ditemubual dan mengambil bahagian dalam kajian ini secara sukarela. Hasil kajian menunjukkan bahawa penjaga keluarga pesakit mental telah menggunakan beberapa strategi daya tindak bagi menjaga ahli keluarga mereka yang mengidap penyakit mental seperti pendekatan keagamaan, mendapatkan sokongan emosi, bersabar dan melibatkan diri dalam aktiviti riadah. Kajian ini mencadangkan agar penjaga keluarga melibatkan diri dalam kumpulan sokong bantu bagi membolehkan mereka untuk mendapatkan sokongan emosi dan maklumat yang diperlukan daripada penjaga lain yang mempunyai pengalaman yang sama dalam memberikan penjagaan terhadap pesakit mental. Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia juga perlulah berupaya untuk menyediakan latihan yang bersesuaian kepada semua penjaga yang memberi penjagaan terhadap ahli keluarga mereka yang mengidap penyakit mental. Latihan ini sememangnya penting bagi membolehkan penjaga keluarga menyediakan perkhidmatan penjagaan yang lebih baik terhadap ahli keluarga mereka yang mengidap penyakit mental.

Item Type:Article
Keywords:Beban; Penjaga keluarg; Penyakit mental; Pesakit mental; Strategi daya tindak; Tekanan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:12583
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Feb 2019 01:04
Last Modified:18 Feb 2019 21:57

Repository Staff Only: item control page