Analisis perkembangan pembangunan perumahan awam di Selangor

Junaidi Awang Besar, (2018) Analisis perkembangan pembangunan perumahan awam di Selangor. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 14 (1). pp. 40-54. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
517kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1074

Abstract

Kemajuan pembangunan perumahan memainkan peranan penting dalam merangsang perkembangan ruang bagi kawasan baru. Dinamika ruang dan perkembangan sektor perumahan sentiasa berubah dan meningkat, lantas memerlukan pembaharuan dasar perumahan. Justeru, penulisan artikel ini adalah untuk menyingkap senario dan sejarah pembangunan perumahan awam di Negeri Selangor sebelum merdeka hinggalah masa kini (2018). Data yang digunakan adalah data primer dan data sekunder. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dari segi sejarahnya, perkembangan perumahan awam di negeri Selangor bermula dengan pembinaan kediaman untuk kakitangan kerajaan ketika penjajahan British di Tanah Melayu termasuk di negeri Selangor. Selepas merdeka, rumah panjang dibina untuk peneroka bandar, diikuti rumah pangsa kos rendah dan rumah teres mampu milik oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor. Sekitar tahun 2000, perumahan moden dan lebih selesa diduduki mula dibina di kawasan Kota Damansara, Kelana Jaya, Ampang dan Sungai Buloh. Pada tahun 2013, Kerajaan Selangor melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor memperkenalkan rumah mampu milik yang dikenali sebagai ‘Rumah Selangorku’ untuk rakyat Selangor. Sehingga tahun 2018, PKNS masih menawarkan rumah yang bersifat komersial iaitu kos sederhana tinggi dan kos tinggi di Shah Alam, Bernam Jaya, Antara Gapi, Setia Alam, Kota Puteri dan Kuala Selangor sesuai dengan status negeri ini sebagai antara negeri termaju di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Dasar perumahan; Dinamika ruang; Negeri termaju; Pembangunan; Perumahan; Rumah mampu milik
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:12584
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Feb 2019 01:15
Last Modified:18 Feb 2019 21:59

Repository Staff Only: item control page