Saripah Osman, (2018) Impak insentif ekonomi terhadap golongan berpendapatan rendah Program Perumahan Rakyat, Kuala Lumpur. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 14 (1). pp. 55-71. ISSN 2180-2491
|
PDF
625kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1074
Abstract
Malaysia adalah sebuah negara yang semakin pesat membangun berbanding negara-negara di Asia Tenggara yang lain. Sejajar dengan pembangunan ekonomi, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai insentif untuk menaiktaraf kualiti hidup rakyat khususnya bagi penduduk yang berpendapatan rendah. Bagi mengatasi isu miskin bandar yang kian meningkat, kerajaan telah memperkenalkan konsep 1Malaysia yang merangkumi pelbagai aspek pembangunan khususnya dalam bidang ekonomi dan sosial. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti implikasi dan faedah insentif 1Malaysia yang diberikan oleh kerajaan kepada kelompok masyarakat yang berpendapatan rendah. Kajian ini dilaksanakan di empat buah kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) iaitu PPR Laksamana, PPR Kerinchi, PPR Intan Baiduri, dan PPR Sungai Bonus. Setiap PPR akan diwakili 10 peratus daripada jumlah penduduk iaitu 35 orang bagi PPR Laksamana, 160 orang penduduk dari PPR Kerinchi, 100 orang PPR Intan Baiduri dan 30 orang penduduk daripada PPR Sungai Bonus. Hasil kajian mendapati kebanyakan penduduk menyokong insentif 1Malaysia yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan dari segi kemudahan kesihatan, pendidikan, ekonomi dan sosial. Ini bermakna rata-rata pengguna berpuas hati dengan insentif yang diberikan kerana ia dikatakan dapat meringankan beban perbelanjaan yang ditanggung atas faktor kos sara hidup yang semakin meningkat. Oleh itu, perlaksanaan insentif 1Malaysia ini seharusnya dikekalkan dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan taraf hidup komuniti berpendapatan rendah di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Bantuan Rakyat 1Malaysia; Berpendapatan rendah; Insentif; Komuniti; Kualiti hidup; 1Malaysia |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 12585 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 15 Feb 2019 01:36 |
Last Modified: | 18 Feb 2019 22:02 |
Repository Staff Only: item control page