Faktor penghijrahan dan penumpuan bekas banduan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur

Mohd Alif Jasni, and Siti Hajar Abu Bakar Ah, and Jal Zabdi Mohd Yusoff, and Khariyah Md. Shahid, and Noralina Omar, and Zaiton Azman, (2018) Faktor penghijrahan dan penumpuan bekas banduan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 14 (1). pp. 87-101. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
376kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1074

Abstract

Penghijrahan bekas banduan dari tempat asal ke kawasan baru berlaku atas pelbagai sebab penolakan yang wujud dari tempat asal. Kesan penghijrahan ini membawa kepada penumpuan bekas banduan yang ramai di suatu tempat yang sama. Kajian yang dilakukan ini telah mendapati berlakunya penumpuan bekas banduan di sekitar Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Situasi yang berlaku ini amat membimbangkan apabila pengaruh jenayah boleh berlaku secara berterusan. Penumpuan rakan senasib akan mengalakkan aktiviti jenayah dan pengulangan jenayah lama seperti mencuri, merompak, meragut, mengambil dadah dan sebagainya. Oleh itu, sistem keadilan jenayah di Malaysia akan sering menemui kegagalan dalam memulihkan bekas banduan. Bekas banduan akan tetap kembali kepada sikap dan tingkah laku yang sama akibat jenis pergaulan yang dipilih. Temu bual mendalam telah dilakukan ke atas 16 orang bekas banduan yang mempunyai masalah ketagihan dadah tanpa mengira jenis kesalahan lepas. Analisis kajian telah memperlihatkan kecenderungan bekas banduan untuk berhijrah dari tempat asal dan rumah keluarga akibat daripada penolakan keluarga dan juga stigma yang wujud di tempat asal mereka. Dapatan kajian ini berupaya membekalkan maklumat dalam membuktikan punca penghijrahan bekas banduan di suatu tempat yang sama iaitu dalam kajian ini ialah di sekitar Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Penemuan ini dapat menyumbangkan hasil dapatan yang baru kepada sistem keadilan jenayah di Malaysia tentang penghijrahan dan penumpuan bekas banduan di suatu kawasan yang sama serta kesan-kesan yang boleh berlaku daripada penumpuan bekas banduan ini.

Item Type:Article
Keywords:Bekas banduan; Faktor penarik; Faktor penolak; Jenayah; Penghijrahan; Penumpuan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:12587
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Feb 2019 02:50
Last Modified:18 Feb 2019 22:05

Repository Staff Only: item control page