Daya tampung kemudahan pendidikan dan implikasi kepada kesejahteraan penduduk di Mukim Serendah

Mohd Faizul Muhammad, and Mazdi Marzuki, and Muhammad Hasbi Abdul Rahman, and Kamarul Ismail, and Jabil Mapjabil, (2018) Daya tampung kemudahan pendidikan dan implikasi kepada kesejahteraan penduduk di Mukim Serendah. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 14 (1). pp. 116-129. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
417kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1074

Abstract

Pertambahan penduduk di sesuatu kawasan mempunyai perkaitan yang kuat dengan keupayaan daya tampung sesuatu kemudahan untuk dinikmati oleh penduduk. Pada masa kini pertambahan penduduk yang agak pesat telah berlaku di Mukim Serendah. Impaknya terdapat sesetengah kemudahan yang disediakan tidak lagi mampu memenuhi permintaan daripada penduduk. Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengkaji daya tampung kemudahan pendidikan dan implikasi terhadap kesejahteraan penduduk. Kajian ini menggunakan analisis daya tampung berdasarkan Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia pada tahun 2013. Kajian menggunakan data sekunder melibatkan data penduduk, jumlah sekolah dan jumlah murid. Seramai 400 orang responden di Mukim Serendah. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan daya tampung kemudahan pendidikan mengikut kawasan di Mukim Serendah. Keadaan kemudahan pendidikan di Mukim Serendah juga yang kebanyakannya tidak memenuhi piawai yang ditetapkan. Implikasinya ia memberi kesan kepada murid, guru dan ibu bapa. Hasil kajian ini penting kepada pihak yang bertanggungjawab untuk melakukan perancangan kemudahan pendidikan yang lebih baik kepada penduduk. Kawasan yang kurang daya tampung kemudahan pendidikan perlu ditambah bilangan sekolah agar kemudahan pendidikan dapat memenuhi keperluan penduduk dan meningkatkan kesejahteraan kepada penduduk.

Item Type:Article
Keywords:Daya tampung; Implikasi; Kemudahan pendidikan; Kesejahteraan; Pendidikan; Sekolah
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:12589
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Feb 2019 03:14
Last Modified:18 Feb 2019 22:07

Repository Staff Only: item control page