Strategi pembelajaran bahasa pelajar prasiswazah Pengajian Bahasa Melayu di Prince Of Songkhla University, Pattani berdasarkan jantina, tahun pengajian dan tahap pencapaian

Nur Syafina Mohd Sabri, (2018) Strategi pembelajaran bahasa pelajar prasiswazah Pengajian Bahasa Melayu di Prince Of Songkhla University, Pattani berdasarkan jantina, tahun pengajian dan tahap pencapaian. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 8 (2). pp. 1-12. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
447kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai tahap penguasaan strategi pembelajaranbahasa (SPB) yang digunakan dalam kalangan pelajar prasiswazah Pengajian Bahasa Melayu di Prince of Songkhla University, (PSU) Pattani. Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan SPB Melayu pelajar berdasarkan jantina, tahun pengajian dan tahap pencapaian. Kajian tinjauan ini dijalankan terhadap seramai 100 orang pelajar telah dipilih secara rawak mudah untuk dijadikan responden kajian dengan menggunakan instrumen soal selidik. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Science (SPSS) versi 23.0 bagi menganalisis statistik inferensi.Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan faktor jantina dan tahun pengajian dengan SPB mengikut kemahiran bahasa. Dari segi hubungan pula, tidak terdapat hubungan antara SPB mengikut kemahiran bahasa dengan tahun pengajian dan tahap pencapaian pelajar dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Hal ini menunjukkan bahawa SPB yang digunakan oleh pelajar tidak mempengaruhi pembelajaran pelajar berdasarkan jantina, tahun pengajian dan pencapaian Bahasa Melayu pelajar Pengajian Bahasa Melayu di PSU. Implikasi kajian ialah pensyarah Bahasa Melayu PSU perlu mempelbagaikan kaedah mengajar supaya pelajar dapat mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu dengan mudah dan berkesan.

Item Type:Article
Keywords:Strategi pembelajaran bahasa; Pendidikan Bahasa Melayu; Jantina; Tahun pengajian; Tahap pencapaian; Pelajar prasiswazah
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:12593
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Feb 2019 04:03
Last Modified:18 Feb 2019 22:17

Repository Staff Only: item control page