Tahap perbezaan pengetahuan, sikap dan amalan menggunakan enam topi pemikiran berdasarkan jantina dan pengkhususan dalam kalangan guru bahasa Melayu sekolah kebangsaan

Mohd Qhairil Anwar Azhar, and Zamri Mahamod, (2018) Tahap perbezaan pengetahuan, sikap dan amalan menggunakan enam topi pemikiran berdasarkan jantina dan pengkhususan dalam kalangan guru bahasa Melayu sekolah kebangsaan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 8 (2). pp. 13-24. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
624kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap perbezaan Enam Topi Pemikiran berdasarkan jantina dan pengkhususan dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah kebangsaan. Kajian berbentuk tinjauan ini telah dijalankan terhadap semua guru Bahasa Melayu sekolah kebangsaan di Pejabat Pendidikan Zon Sentul (PPZS), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebanyak 36 buah sekolah kebangsaan menjadi populasi bagi kajian ini, iaitu melibatkan seramai 210 orang guru. Pemilihan sampel ini adalah berdasarkan jadual penentu saiz sampel kajian Krejcie dan Morgan. Melalui jadual penentu saiz sampel tersebut menyatakan jika jumlah populasi seramai 210 orang, maka sampel ialah 136 orang. Soal selidik digunakan untuk mengukur aspek yang berkaitan dengan tahap pengetahuan, sikap dan amalan penggunaan Enam Topi Pemikiran dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah kebangsaan. Soal selidik menggunakan lima skala Likert. Kajian rintis telah dijalankan ke atas 18 orang guru bahasa Melayu dari dua buah sekolah kebangsaan. Data ang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Statistics versi23. Kajian ini menggunakan dua jenis analisis, iaitu analisis deskriptif dan analisis inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan sikap guru Bahasa Melayu dalam penggunaan Enam Topi Pemikiran sebagai alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap yang tinggi. Tahap amalan guru Bahasa Melayu dalam menggunakan Enam Topi Pemikiran pula berada pada tahap sederhana. Implikasi kajian ini ialah penggunaan Enam Topi Pemikiran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu boleh meningkatkan minat dan pencapaian pelajar.

Item Type:Article
Keywords:Pengetahuan; Sikap; Amalan penggunaan; Enam peta pemikiran; Jantina; Pengkhususan
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:12594
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Feb 2019 04:17
Last Modified:18 Feb 2019 22:18

Repository Staff Only: item control page