Layang Ugek, and Jamaludin Badusah, (2018) Amalan dan masalah pengajaran literasi bahasa guru bahasa Melayu ketika mengajar murid Penan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 8 (2). pp. 25-38. ISSN 2180-4842
|
PDF
537kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui amalan pengajaran literasi bahasa di samping mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru bahasa Melayu ketika mengajar murid-murid Penan di Sarawak. Kajian ini adalah kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif dengan teknik pensampelan bertujuan. Seramai lima orang guru bahasa Melayu yang mengajar tahap 2 di dua buah sekolah rendah murid Penan dipilih sebagai peserta kajian. Lokasi sekolah kajian ini adalah sebuah sekolah rendah di daerah Belaga dan sebuah di daerah Baram. Data temu bual ini pula disokong oleh data pemerhatian dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati amalan pengajaran guru bahasa Melayu adalah bersistematik untuk memudahkan perancangan guru mengikut tahap pencapaian murid. Amalan sebegini dapat membantu murid-murid Penan mengetahui dengan lebih awal kemahiran-kemahiran yang akan diajar oleh guru. Guru bahasa Melayu juga menghadapi pelbagai masalah dalam usaha meningkatkan prestasi akademik murid-murid Penan sama ada berpunca daripada murid itu sendiri dan ataupun ibu bapa murid yang masih tidak mementingkan pelajaran. Implikasi kajian ini ialah amalan pengajaran guru sistematik dapat membantu murid-murid Penan mempelajari bahasa Melayu dengan mudah dan berkesan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Amalan pengajaran; Masalah pengajaran; Literasi bahasa Melayu; Murid Penan |
Journal: | Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ) |
ID Code: | 12595 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 15 Feb 2019 06:32 |
Last Modified: | 18 Feb 2019 22:19 |
Repository Staff Only: item control page