Penyerapan pemikiran inventif dalam pengajaran guru bahasa Melayu sekolah rendah dan sekolah menengah berdasarkan jantina, pengalaman mengajar dan kategori sekolah

Ermertah Johari, (2018) Penyerapan pemikiran inventif dalam pengajaran guru bahasa Melayu sekolah rendah dan sekolah menengah berdasarkan jantina, pengalaman mengajar dan kategori sekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 8 (2). pp. 39-47. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
454kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pelaksanaan pemikiran inventif dalam kalangan guru bahasa Melayu sekolah rendah dan menengah di daerah Beaufort, Sabah. Terdapat enam elemen pemikiran inventif, iaitu elemen penyesuaian diri, elemen pengurusan kesukaran, elemen pengarahan kendiri, elemen sifat ingin tahu, elemen kreativiti, keberanian mengambil risiko dan pemikiran tahap tinggi. Kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik digunakan dalam kajian ini. Kajian ini melibatkan 67 buah sekolah di daerah Beaufort dan seramai 200 orang guru yang mengajar bahasa Melayu di sekolah menengah dan sekolah rendah dijadikan responden kajian. Sampel dipilih secara rawak mudah. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan program Statistics Package for Social Science (SPSS) versi 23.0. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan penyerapan pemikiran inventif dalam kalangan guru bahasa Melayu berdasarkan jantina, pengalaman mengajar dan kategori sekolah yang mengajar di peringkat sekolah rendah dan menengah ini. Implikasi kajian ini ialah guru-guru bahasa Melayu banyak menyerapkan pemikiran inventif dalam pengajaran mereka.

Item Type:Article
Keywords:Pemikiran inventif; Pengajaran guru bahasa Melayu; Sekolah rendah; Sekolah menengah; Jantina; Pengalaman mengajar; Kategori sekolah
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:12596
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Feb 2019 06:43
Last Modified:18 Feb 2019 22:21

Repository Staff Only: item control page