Kesan penggunaan teknik KWLH dalam kemahiran membaca kalangan murid sekolah jenis kebangsaan Cina

Abdul Rasid Jamian, and Nurfatin Nabihah Baharom, (2018) Kesan penggunaan teknik KWLH dalam kemahiran membaca kalangan murid sekolah jenis kebangsaan Cina. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 8 (2). pp. 48-56. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
490kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesan penggunaan Teknik know, what, learned and how (KWLH) terhadap kemahiran membaca dalam kalangan murid sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC). Teknik KWLH merupakan teknik yang dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membaca mentalis murid. Kajian ini telah dijalankan kepada 66 orang sampel kajian tahun 4 di sebuah SJKC bagi mengetahui kesan penggunaan teknik ini terhadap skor soalan pemahaman yang diberikan. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penguasaan kemahiran membaca mentalis murid sebelum dan selepas rawatan iaitu teknik KWLH bagi kumpulan eksperimen. Dapatan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam penguasaan skor kemahiran membaca mentalis dalam kalangan muridmurid dalam praujian. Namun begitu, terdapat perbezaan yang signifikan dalam penguasaan skor kemahiran membaca mentalis dalam kalangan murid-murid dalam pascaujian setelah mereka melalui pembelajaran kemahiran membaca dengan menggunakan teknik KLWH. Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa teknik ini mempunyai kekuatan iaitu dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran membaca murid secara mentalis. Oleh itu, Teknik KWLH boleh diaplikasikan oleh guru dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan sebagai satu usaha dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid SJKC.

Item Type:Article
Keywords:Teknik KWLH; Kemahiran membaca mentalis; Murid SJKC
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:12597
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Feb 2019 06:49
Last Modified:18 Feb 2019 22:22

Repository Staff Only: item control page