Aplikasi kaedah Fuzzy Delphi dalam pembangunan modul pengajaran pantun Melayu berasaskan maksud al-Quran mengenai keindahan flora, fauna dan langit tingkatan 2

Rashidah Mohd, and Saedah Siraj, and Zaharah Hussin, (2018) Aplikasi kaedah Fuzzy Delphi dalam pembangunan modul pengajaran pantun Melayu berasaskan maksud al-Quran mengenai keindahan flora, fauna dan langit tingkatan 2. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 8 (2). pp. 57-67. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
528kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan kesepakatan pakar bahasa Melayu tentang Modul Pengajaran Pantun Melayu mengenai keindahan flora, fauna dan langit, untuk meningkatkan kemahiran mencipta pantun Melayu berdasarkan pantun jenaka/humor/hiburan, pantun teka-teki/soalan dan pantun sindiran (moral dan akhlak) berasaskan maksud al-Quran dalam kalangan pelajar sekolah menengah dengan menggunakan aplikasi Kaedah Fuzzy Delphi (FDMFuzzy Delphi Method). Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan konsensus pakar terhadap jenis-jenis pantun, ciri-ciri reka bentuk, komponen utama, aktiviti utama, masalah dan cara mengatasinya. FDM dibina atas persetujuan 7 panel pakar yang ditemu bual untuk membina item-item yang akan diguna bagi mendapatkan konsensus pakar dengan menggunakan 7 skala Likert. Soalan kaji selidik diedarkan kepada 25 guru pakar bahasa Melayu berpengalaman 10 tahun mengajar mata pelajaran tersebut yang dipilih daripada tujuh buah sekolah menengah daerah Gombak, Selangor bagi menjawab persoalan kajian. Instrumen bahagi kepada tujuh bahagian yang merangkumi 46 item kajian bagi mendapatkan konsensus pakar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesepakatan atau konsensus kumpulan pakar bersetuju dengan kesemua item. Implikasi kajian menunjukkan Modul Pengajaran Pantun Melayu berasaskan maksud al-Quran tentang keindahan flora, fauna dan langit tingkatan 2 yang dihasilkan mempunyai nilai kebolehgunaan yang tinggi. Modul ini boleh dijadikan panduan kepada KPM dalam menambah bahan mengajar komponen sastera (KOMSAS) khasnya pantun Melayu remaja di peringkat sekolah menengah.

Item Type:Article
Keywords:Modul Pengajaran; Pantun Melayu; Flora; Fauna; Langit; Fuzzy Delphi Method (FDM)
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:12598
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Feb 2019 07:14
Last Modified:18 Feb 2019 22:23

Repository Staff Only: item control page