Mohd Azizuddin Tarja, and Maslina Jamil, and Muhammad Fauzi Mohd Zain, (2018) Kajian terhadap kriteria rekabentuk blok saling kunci dengan pendekatanperindustrian, fleksibel dan nyah-pasang. Jurnal Kejuruteraan, 30 (1). pp. 55-63. ISSN 0128-0198
|
PDF
2MB |
Official URL: http://www.ukm.my/jkukm/volume-301-2018/
Abstract
Sistem binaan berindustri (IBS) adalah suatu sistem pembinaan yang menggunakan kerja-kerja tambahan yang minimum di mana komponen, elemen dan panel dihasilkan di kilang, diangkut, ditempatkan dan dipasang menjadi struktur bangunan yang lengkap di tapak bina. Komponen dinding adalah salah satu elemen utama bangunan yang menggunakan IBS. Kekurangan rekabentuk terbaik yang mampu memenuhi kehendak binaan di tapak menyebabkan pembaziran. Pengeluaran IBS belum mampu memenuhi permintaan pasaran pembinaan yang meningkat saban tahun. Justeru kerajaan sangat menggalakkan pembangunan dan pengeluaran produk IBS. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti keperluan binaan komponen dinding dalam pembinaan IBS seterusnya menganalisis data bagi mendapatkan rekabentuk terbaik yang memenuhi konsep pemasangan dinding IFD (Industrial, Flexible and Demountable). Metodologi kajian yang dijalankan adalah pengumpulan maklumat melalui kajian soal selidik kepada responden yang terlibat secara langsung dalam industri IBS. Berdasarkan analisa data, keputusan yang telah diperolehi mendapati bahawa responden lebih cenderung memilih saiz koordinasi panel 600mm x 300mm x 150mm dengan menggunakan konkrit ringan sebagai bahan pilihan. Kajian rekabentuk inovasi IBS melalui pendekatan IFD adalah penting dalam membawa satu era baru dalam peningkatan teknologi binaan di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Block design; Precast; Interlocking |
Journal: | Jurnal Kejuruteraan |
ID Code: | 12632 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 08 Mar 2019 03:33 |
Last Modified: | 08 Mar 2019 03:33 |
Repository Staff Only: item control page