Integrasi kaedah geospatial dan pemodelan hidrodinamik untuk mengkaji impakkenaikan aras laut terhadap kawasan pantai

Fazly Amri Mohd, and Khairul Nizam Abdul Maulud, and Othman A. Karim, and Muhammad Afiq Ibrahim, and Yannie Anak Benson, and Ahmad Khairi Abd. Wahab, (2018) Integrasi kaedah geospatial dan pemodelan hidrodinamik untuk mengkaji impakkenaikan aras laut terhadap kawasan pantai. Jurnal Kejuruteraan, 30 (1). pp. 65-75. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
7MB

Official URL: http://www.ukm.my/jkukm/volume-301-2018/

Abstract

Kawasan pesisir pantai merupakan kawasan yang sangat terdedah dan sensitif kepada pelbagai ancaman terutamanya hakisan dan limpahan yang boleh menyebabkan impak negatif kepada kesejahteraan hidup manusia, persekitaran dan ekosistem. Kawasan pesisir pantai di Batu Pahat, Johor sangat terdedah kepada masalah banjir akibat fenomena air pasang dan sebahagian kawasan pantai lain dikategorikan sebagai kawasan hakisan pantai kritikal. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti impak kenaikan aras laut terhadap komuniti pesisir pantai di Batu Pahat. Dengan menggunakan perisian ArcGIS dan MIKE21, kawasan banjir yang berlaku terhadap penempatan komuniti di pesisir pantai Batu Pahat dapat dikenal pasti dan meramalkan impak masa hadapan. Melalui hasil kajian, kawasan pantai di Batu Pahat mengalami kejadian hakisan pantai yang aktif dan jumlah kadar kehilangan tanah di kawasan tersebut sebanyak 415.7 hektar berbanding dengan kadar pemendapan yang hanya mendapat kira-kira 68.52 hektar. Hasil peta-peta risiko inundasi bagi kenaikan aras laut menunjukkan anggaran seramai 50 hingga 1145 populasi daripada jumlah penduduk seramai 28420 orang akan menerima impak kesan dari kenaikan aras laut pada tahun 2013, 2020 dan 2040. Selain itu, daripada 33 batang jalan raya di kawasan kajian, hanya 1 kawasan akan menghadapi kesan kenaikan aras laut pada tahun 2020 dan 2040. Justeru itu, peta risiko inundasi yang disediakan bagi pantai Batu Pahat amatlah berguna untuk mencegah hakisan pantai dan mengurangkan bencana masa depan.

Item Type:Article
Keywords:Geospatial; Hakisan pantai; Kenaikan aras laut; Pemendapan; Komuniti; Pesisir pantai
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:12633
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Mar 2019 03:45
Last Modified:12 Mar 2019 10:24

Repository Staff Only: item control page