Sistem dapatan semula imej untuk aplikasi perubatan

Wan Siti Halimatul Munirah Wan Ahmad, and Wan Mimi Diyana Wan Zaki, and Aini Hussain, and Ling, Chei Siong and Wong, Erica Yee Hing (2018) Sistem dapatan semula imej untuk aplikasi perubatan. Jurnal Kejuruteraan, 30 (1). pp. 111-121. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://www.ukm.my/jkukm/volume-301-2018/

Abstract

Dapatan semula imej (DSI) adalah sistem pencarian imej yang menggunakan ciri-ciri tertentu atau konteks khusus dalam sesuatu imej. Dalam bidang perubatan, sistem DSI digunakan untuk menyediakan imej yang diperlukan secara tepat dan pantas kepada pakar perubatan. Proses itu biasanya berlaku pada dan ketika diagnosis dan rawatan penyakit dilakukan. Sistem dapatan semula yang awal dan masih digunakan dengan meluas dalam bidang perubatan adalah sistem DSI berdasarkan teks (TBIRS). TBIRS menggunakan kata kunci dalam konteks sesuatu imej dan ia memerlukan anotasi teks secara manual. Proses anotasi teks adalah tugas yang memerihkan lebih-lebih lagi jika melibatkan pangkalan data yang besar. Ini memungkinkan kebarangkalian berlakunya kesilapan manusia adalah tinggi. Untuk mengatasi masalah yang dinyatakan, sistem DSI berdasarkan kandungan (CBIRS) dengan pengindeksan automatik adalah dicadangkan. Kaedah ini melibatkan pemprosesan imej perubatan berdasarkan komputer yang menggunakan fitur visual imej seperti warna, bentuk dan tesktur. Namun begitu, umum mengetahui bahawa suatu algoritma tertentu dalam CBIRS adalah khusus untuk satu modaliti sahaja dan melibatkan bahagian yang tertentu. Ini ditambahkan pula bahawa CBIRS telah mengabaikan persepsi manusia dalam tugas menakrif sesuatu imej dan akibatnya, menyebabkan wujudnya masalah jurang semantik. Oleh itu, sistem DSI hibrid (HBIRS) yang menggabungkan kekuatan kedua-dua TBIRS dan CBIRS telah diperkenalkan bagi menangani masalah jurang semantik khususnya dan sekaligus memantapkan sistem DSI amnya. Satu kerangka sistem DSI yang cekap iaitu HBIRS juga telah dicadangkan. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya melibatkan TBIRS dan CBIRS bagi aplikasi perubatan, dan prototaip TBIRS yang dikaji menggunakan imej X-Ray turut dicadangkan.

Item Type:Article
Keywords:Imej perubatan; Sistem dapatan semula imej; Aplikasi perubatan; Modaliti x-ray; TBIRS
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:12638
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Mar 2019 04:20
Last Modified:12 Mar 2019 10:22

Repository Staff Only: item control page