Kajian terhadap sifat optik titik kuantum kadmium sulfida pada pelbagai nilai pH dan modifikasi permukaan dengan asid tioglikolik

Siti Aisyah Shamsudin, and Jenniver Junas, (2018) Kajian terhadap sifat optik titik kuantum kadmium sulfida pada pelbagai nilai pH dan modifikasi permukaan dengan asid tioglikolik. Sains Malaysiana, 47 (11). pp. 2841-2849. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
4MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid47bil11_...

Abstract

Pengimejan tradisi mempunyai banyak kekurangan seperti mempunyai jangka hayat yang pendek serta bersaiz besar kerana sifat pendafluornya tidak tahan lama atau berlakunya pelunturanfoto. Melalui kajian ini, nanohablur kadmium sulfida dihasilkan dan berfungsi sebagai pengimejan titik kuantum yang sesuai dengan sifat optiknya yang pelbagai mengikut saiz zarahnya. Sifat optik titik kuantum kadmium sulfida (TK CdS) boleh dipengaruhi oleh saiz dan juga komposisi kimia TK seperti perubahan pH. Dalam kajian ini, sifat optik TK CdS dikaji terhadap perubahan nilai pH dengan menghasilkan TK CdS melalui kaedah koloidal. Kadmium asetat dihidrat (C4H6CdO4.2H2O) dan natrium sulfida (Na2S) digunakan sebagai sebagai bahan pemula bagi menghasilkan TK CdS. Nilai pH diubah suai dengan menitiskan natrium hidroksida (NaOH) ke dalam larutan TK CdS. Lima jenis larutan disediakan iaitu pada nilai pH5, pH7, pH8, pH9 dan pH10. Masalah penggumpalan sering berlaku semasa proses sintesis CdS. Oleh itu, kajian ini menggunakan asid tioglikolik (HSCH2CO2H) sebagai agen penstabil kepada TK CdS. Spektra keserapan UV memberi anjakan biru apabila TK CdS pada pH alkali kerana saiz nanohablur mengecil. Hasil daripada spektroskopi pendarfluor mendapati larutan yang mempunyai nilai pH8 memberi puncak yang tertinggi. Hal ini adalah kerana pada pH ini nanohablur mampu berubah pada posisi yang tepat dan membentuk TK CdS pada kehabluran yang tinggi. Oleh itu, mekanisme ini dapat membentuk perangkap lubang dan seterusnya eksiton terbentuk.

Item Type:Article
Keywords:Asid tioglikolik; Nilai pH; Sifat optik; Titik kuantum kadmium sulfida
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:12666
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Mar 2019 06:39
Last Modified:17 Mar 2019 11:53

Repository Staff Only: item control page