Faktor-faktor yang mempengaruhi stres, kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan penjaga kepada pesakit leukemia kanak-kanak

Natrah Rani, and Faiz Daud, and Hamidah Alias, (2018) Faktor-faktor yang mempengaruhi stres, kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan penjaga kepada pesakit leukemia kanak-kanak. International Journal of Public Health Research, 8 (2). pp. 987-997. ISSN 2232-0245

[img]
Preview
PDF
236kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/ijphr/index.php/ijphr/issue/vie...

Abstract

Pengenalan Penjagaan pesakit kanak-kanak leukemia memerlukan pemerhatian dan tumpuan yang tinggi untuk memastikan rawatan yang disarankan oleh Pakar Perubatan dapat dilaksanakan dengan baik. Perkara ini sedikit sebanyak akan menjejaskan fungsi sosial, meningkatkan stres, kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan penjaga. Oleh itu, kajian irisan lintang ini dijalankan untuk mengkaji prevalen serta faktor-faktor yang mempengaruhi stres, kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan penjaga kepada pesakit leukemia kanak-kanak. Metodologi Sampel kajian adalah seramai 54 orang. Data diukur menggunakan DASS-21 versi Bahasa Malaysia yang telah divalidasi oleh kajian lepas. Keputusan Hasil kajian mendapati bahawa prevalen stres tahap rendah dalam kalangan penjaga kepada pesakit leukemia kanak-kanak adalah sebanyak 88.9% manakala prevalen stres tahap tinggi adalah sebanyak 11.1%. Prevalen kebimbangan tahap rendah adalah sebanyak 90.7% dan prevalen kebimbangan tahap tinggi adalah sebanyak 9.3%. Prevalen kemurungan tahap rendah adalah sebanyak 96.3% dan prevalen kemurungan tahap tinggi adalah sebanyak 3.7% dalam kalangan penjaga. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi stres dan kemurungan dalam kalangan penjaga secara signifikan (p<0.05). Faktor agama, bangsa dan jantina kanak-kanak mempunyai hubungan dengan status stres penjaga (p<0.05). Faktor jantina penjaga dan hubungan antara penjaga dengan ahli keluarga mempunyai hubungan dengan status kemurungan penjaga (p<0.05). Kesimpulan Kesimpulannya, faktor sosiodemografi dan hubungan antara penjaga dengan ahli keluarga sama ada erat atau tidak erat mempengaruhi stres dan kemurungan dalam kalangan penjaga kepada pesakit leukemia kanak-kanak manakala faktor tahap pengetahuan tidak mempengaruhi stres, kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan penjaga. Strategi diperlukan untuk bantu mengurangkan stres, kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan penjaga kepada pesakit leukemia kanak-kanak.

Item Type:Article
Keywords:Stres; Kebimbangan; Kemurungan; Penjaga; Leukemia kanak-kanak
Journal:International Journal of Public Health Research
ID Code:12709
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Mar 2019 07:45
Last Modified:21 Mar 2019 21:37

Repository Staff Only: item control page